Pages

kalimah-kalimah cinta

Tuk!tuk!tuk! Umar Mujahid mengetuk pintu rumah Husin Bukhari. Salam sebanyak tiga kali telah diberi,tapi tidak berjawab. Barangkali Husin Bukhari tiada di rumah, getus hati Umar Mujahid. Lalu Umar Mujahid berundur diri dari rumah kecil itu. Sebaik sahaja Umar Mujahid menoleh ke belakang, muncul Ummi Maisarah bersama seorang gadis.
“Assalamualaikum,” Umar Mujahid memberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab Ummi Maisarah.
“Saudari Ummi, ana ada pesanan untuk disampaikan kepada suami ante. InsyaAllah, ana dan beberapa sahabat lain ingin mengadakan qiamulail. Oleh itu, ana berbesar hati untuk mengajak Husin Bukhari menyertai kami,” kata Umar Mujahid dengan tertib.
“InsyaAllah. Ana akan menyampaikan pesanan anta. Suami ana ke pekan untuk membeli sedikit juadah untuk tetamu istimewa. Oh, lupa pula ana untuk memperkenalkan adik angkat ana. Ini Aisya Humairah. Aisya masih baru di Kota Iskandariah ini. Oleh itu,ana mengambil Aisya sebagai adik angkat ana untuk membimbingnya,” terang Ummi Maisarah. Dari tadi, Aisya Humairah sekadar menundukkan mukanya. Segan untuk membalas pandangan Umar Mujahid. Entah kenapa, suatu perasaan istimewa muncul di dalam sanubari Umar Mujahid tatkala menatap wajah Aiya Humairah.
“Ana berundur diri. Sampaikan salam ana kepada Husin Bukhari,” kata Umar Mujahid. Ummi Maisarah sekadar mengangguk.
Sepanjang perjalanan pulang dari rumah Husin Bukhari, Umar Mujahid tidah henti-henti memikirkan tentang gadis yang ditemui tadi. Umar Mujahid merasakan dia sudah jatuh cinta dengan Aisya Humairah pada pandangan pertama. Meskipun pernah berhadapan dengan wanita lain yang lebih rupawan, Umar Mujahid tidak pun merasa sekelumit perasaan terhadap mereka.
Hati umar berbisik, adakah ini petanda Aisya Humairah untuknya?

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya Humairah itu gadis yang baik. Kalau anta ingin mendekatinya, gunalah cara yang berhemah. Jangan mempermainkan jiwanya dengan kalimah-kalimah cinta yang anta sendiri tidak pasti. Dan paling utama, jagalah batas-batas pergaulan anta dengan Aisya dan elakkanlah fitnah,”terngiang kata-kata Husin Bukhari di telinga Umar Mujahid. Umar benar-benar ingin mendekati Aisya Humairah. Dan kerana itu, Umar Mujahid setia berdiri di luar kelas Aisya Humairah untuk bersua dengan wanita istimewa itu.
Selang beberapa minit, kelas Aisya Humairah pun tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Umar Mujahid tercari-cari Aisya Humairah.
“Assalamualaikum Aisya Humairah,” ucap Umar Mujahid setelah menemuinya.
“Waalaikumsalam,”balas Aisya Humairah ditemani sahabatnya, Khadija.
“Semalam ana lupa untuk memperkenalkan diri ana. Nama ana Umar Mujahid. Aisya boleh panggil ana Umar sahaja,”kata Umar Mujahid sedikit gugup. Aisya Humairah sekadar tersenyum.
“sebenarnya, Aisya sudah mengetahui nama Umar dari kak Ummi Maisarah,”balas Aisya Humairah.
“Oh begitu, nampaknya Umar lah yang ketinggalan zaman. Boleh Umar tanya Aisya satu soalan?” kata Umar Mujahid segan.
“Sudah tentu boleh. Kalau Aisya tahu jawapannya, insyaAllah Aisya akan menjawabnya soalan Umar,” kata Aisya pula.
“Err..er..bolehkah Umar bersahabat dengan Aisya ?”ujar umar mujahid takut-takut. Umar Mujahid sendiri pelik dengan dirinya. Selama dia tinggal di bumi ciptaan Allah, tidak pernah dia meminta keizinan untuk berkawan dengan oranag. Ternyata, Aisya Humairah sangat bererti bagi Umar Mujahid.
Aisya Humairah mendiamkan diri. Lidahnya tersa kelu untuk memberi jawapannya. Lalu Khadija menyampuk,
“saudara Umar Mujahid, ingatkan anta tentang kata-kata orang tua,diam tandanya setuju,”

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pap! Umar menutup buku yang sedang khusyuk ditelaah Aisya Humairah. Aisya Humairah merenung tajam pada Umar Mujahid.
“Kenapa Umar menutup buku Aisya tanpa keizinan Aisya?”kata Aisya Humairah dengan intonasi serius.
“Umar menutup buku Aisya bukan kerana saja-saja. Tapi bersebab,” terang Umar Mujahid dengan tenang sambil diperhatikan Khadija yang duduk bersebelahan dengan Aisya Humairah.
“Apakah sebabnya Umar yang Aisya sangat hormati?” tanya Aisya Humairah lagi.
“Sebabnya Aisya sudah membaca buku ini lebih dari sejam. Ini tidak elok untuk otak kita Aisya. Otak kita juga perlukan rehat sebagaimana badan kita perlukan rehat selepas sejam berjogging. Sekiranya Aisya terus membaca tanpa rehat, otak Aisya akan keletihan dan seterusnya tidak dapat memproses apa yang Aisya telah baca. Aisya mengerti?”terang Umar Mujahid panjang lebar. Aisya terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Umar Mujahid. Lalu dia mengangguk.
“Kalau begitu,aktiviti apa yang sesuai Aisya lakukan untuk merehatkan minda?” tanya Aisya Humairah ingin tahu.
“Berbual-bual kosong?”kata Umar Mujahid.
“Berbual-bual kosong? Itukan membazir masa. Aisya lebih suka memperkatakan sesuatu yang lebih berisi seprti bercerita tentang prinsip hidup. Umar ada idea?”kata Aisya Humairah pula.
“Oh begitu. Cinta. Apa yang Aisya faham mengenai perkataan yang ada lima abjad itu?”tanya Umar Mujahid sambil tergelak kecil.
“Cinta? Bagi Aisya, cinta itu luas maknanya. Secara umum yang Aisya faham, cinta itu bermakna sayang,taat, setia, menghormati, menjaga dan banyak lagi. Cinta yang abadi adalah kepada Allah. Cinta itulah yang seharusnya kita dahului berbanding cinta kepada manusia. Tapi, manusia sering kali leka, terus hanyut dalam buaian cinta manusia yang menjauhkan diri daripada cinta Allah,’ jawab Aisya dalam nada penuh keikhlasan. Umar Mujahid kagum dengan pendapat Aisya Humairah yang bernas.
“Aisya pernah bercinta?”tanya Umar Mujahid lagi.
“Tidak pernah sekali. Kerana Aisya takut tercicir daripada cinta Allah. Aisya rasa bercinta ini semacam perkara yang tidak pasti akhirnya. Sama ada berpisah atau bernikah,”kata Aisya Humairah lagi.Umar Mujahid tersenyum bersahaja.
“Umar juga tidak pernah tetapi amat teringin untuk merasainya. Berbalik kepada Aisya tadi, bermakna kalau Aisya takut, bermakna sampai bila-bila pun Aisya tidak akan merasai kehidupan berkeluarga,”kata Umar Mujahid menduga Aisya Humairah. Aisya terdiam seketika sementara mindanya ligat untuk menyusun kata-kata menentang andaian Umar Mujahid.
“Bukan begitu Umar. Aisya hanya takut untuk bercinta sahaja. Tidak bercinta bukan bererti tidak berkahwin, Umar. Aisya mencari seseorang yang boleh membimbing dan melindungi, bukan mencari seseorang untuk dicintai tanpa arah tuju. Dan lebih afdhal sekiranya cinta Aisya dipupuk selepas ikatan yang sah. Bukankah itu yang digalakkan dalam islam, Umar?”ujar Aisya menerangkan prinsip hidupnya.
“Bolehkah Umar menjadi seseorang untuk membimbing dan melindungi Aisya?’tanya umar dengan penuh keberanian. Aisya Humairah tergamam mendengar permintaan Umar Mujahid. Apakah jawapan yang harus diberikan? Dia kini diuji dengan prinsip hidupnya sendiri. Bermacam soalan menerpa benaknya. Ikhlaskan Umar? Jujurkah Umar? Adakah Umar tulus mencintainya? Adakah Umar akan melindunginya?
“Umar, nampaknya waktu asar nak masuk. Jadi lebih baik, ana dan Aisya pulang dulu,”kata-kata Khadija menyelamatkan Aisya Humairah daripada menjawab soalan Umar Mujahid. Sinar ketenangan terpancar di wajah Aisya Humairah yang tadi pucat lesi. Dalam hati, dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menggerakkan hati Khadija untuk mengajaknya pulang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya, Umar Mujahid itu benar-benar ikhlas mencintai dan ingin melindungi ante di sini. Ana mengenali Umar Mujahid sejak ana kecil lagi. Janganlah ante ragu-ragu keikhlasan Umar Mujahid terhadap ante,”kata-kata Husin Bukhari ketika Aisya Humairah bertemu dengan pasangan suami isteri itu bermain-main di minda Aisya. Perlukah dia menerima lamaran Umar Mujahid? Bagi Aisya Humairah, rasanya terlalu muda baginya melayari bahtera perkahwinan yang menuntut komitmen yang tinggi. Bersediakah dia menerima tanggungjawab sebagai isteri yang solehah?
“Aisya Humairah,apakah yang ante sedang fikirkan? Seperti ada sesuatu yang tidak kena,” kata Khadija melihatkan wajah aisya Humairah seprti ada sesuatu yang mengusik mindanya.
“tidak ada apa-apa. Ana Cuma teringatkan keluarga ana sahaja. Eh tadi ante kate ingin membeli barang di kedai runcit Abdullah,” kata Aisya Humairah cuba melindungi perasaan sebenarnya.
“Oh, lupa pula ana. Ante tunggu di sini saja. Biar ana seorang yang pergi,’ kata Khadija lalu melangkah menyeberangi jalan ke kedai runcit Abdullah. Aisya Humairah sekadar mengangguk. Pelik juga. Selalunya, Khadija pasti akan memintanya menemani dia ke kedai itu.
Tiba-tiba tangan Aisya Humairah direntap oleh seorang lelaki bertubuh besar dan tegap berbangsa Arab lalu menyeretnya ke sebuah lorong. Aisya Humairah terkezut. Kejadian itu begitu pantas sehingga mulutnya kelu untuk menjerit meminta tolong. Lelaki gelap itu menghempaskan tubuh Aisya Humairah ke dinding bangunan. Aisya Humairah cemas. Ya Allah, selamatkanlah aku dari kecelakaan, doa Aisya Humairah di dalam hati.
Dengan tanpa belas kasihan, lelaki yang umpama dirasuk syaitan menarik dan menanggalkan tudung Aisya Humairah dengan kasar lalu menampakkan helaian rambutnya. Aisya Humairah menangis ketakutan. Dengan rakus, lelaki itu menyentap jubah Aisya bertujuan untuk mencabulnya.
“Aisya!” mendengar jeritan itu,lelaki tadi segera melarikan diri meninggalkan Aisya yang nyaris-nyaris diperkosa.Umar Mujahid segera berlari kea rah Aisya Humairah. Aisya yang tersedu-sedan menangis segera menyarungkan tudungnya. Mujur tudung labuhnya dapat menutupi bahagian yang baju yang terkoyak.
“Aisya! Aisya tak apa-apa?”tanya Umar Mujahid lembut yang risau dengan keadaan Aisya Humairah yang mengigil-gigil.
“Ai..sya.tak apa-apa..Umar, Ai..sya taa..kut!”ujar Aisya Humairah tersekat-sekat sambil air mata nya laju menuruni pipi.
Umar Mujahid memimpin Aisya Humairah yang seakan lumpuh tidak mampu berjalan,keluar dari lorong sunyi itu. Setibanya keluar dari lorong, muncul Khadija dengan wajah cemas.
“Aisya! Ante kenapa?”tanya Khadija risau dengan keadaan Aisya Humairah.
“Dia hampir dicabul Khadija. Eloklah sekiranya ante membawanya pulang untuk berehat,” kata Umat Mujahid bagi pihak Aisya Humairah yang tak mampu berkata-kata kerana begitu trauma. Lalu Khadija memimpin Aisya Humairah untk pulang ke rumah mereka.
Umar Mujahid berdiri kaku di situ. Geram benar dia dengan tingkah laku lelaki Arab tadi. Ingin sahaja dia memberikan tumbukan berbisa di mata lelaki itu. Tika itu, perasaan kasih umar terhadap Aisya semakin membuak-buak. Dia bertekad untuk melindungi Aisya Humairah dengan cara yang halal.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“ Apa? Ante akan berkahwin dengan Umar Mujahid?” ujar kahdija dengan berita yang disampaikan Aisya Humairah. Khadija seakan tidak percaya yang Aisya Humairah akan berkahwin tidak lama lagi. Ada riak tidak puas hati di wajah Khadija.
“Kenapa Khadija? Ante tidak percaya?” balas Aisya Humairah.
“Bukan begitu. Sudahkah ante bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Ibu muda mungkin? Kata Khadija untuk menduga Aisya Humairah.
“InsyaAllah. Ana akan vuba melaksanakan tanggungjawab ana sebaik mungkin. Dengan restu ibu bapa, ana percaya, Allah pasti memudahkan urusan seharian kami. Dan yang lebih penting, ana akan berasa lebih selamat di samping Umar Mujahid,” ujar Aisya Humairah dengan tenang. Kedatangan Umar Mujahid ketika kejadian yang hampir meragut kegadisannya menguatkan kasihnya pada lelaki itu.
Khadija menoleh ke belakang lalu mencebikkan bibirnya. Di dalam mindanya,ligat merancang sesuatu.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Umar, jemput masuk ke rumah ana,”ajak Khadija dengan senyuman lebar.
“ Tidak mengapa. Lebih elok ana berdiri di luar sahaja sementara menunggu kepulangan Aisya,”kata Umar Mujahid menolak ajakan Khadija dengan baik.
“Masuklah Umar,”pujuk Khadija lagi lalu menarik tangan Umar Mujahid masuk ke dalam rumah. Umar Mujahid naik hairan. Seharusnya sebagai seorang muslimah, Khadija tidak sepatutnya berkelakuan begitu.Khadija kemudian segera menutup dan mengunci pintu.
“Kenapa ante menutup pintu?”tanya Umar Mujahid yang bingung dengan tindak tanduk Khadija. Khadija tidak menjawab sebaliknya membuka tudungnya dan cuba menggoda Umar Mujahid. Umar Mujahid menepis tangan Khadija yang liar memegang wajahnya. Lalu dia keluar dari rumah itu.
“Astargfirullahhalazim..Umar dan Khadija. Apa yang kalian lakukan berdua-duaan dalam rumah ini?”kata seorang ustaz sebaik sahaja Umar Mujahid membuka pintu. Ketika itu, muncul juga Aisya Humairah. Matanya ingin menitiskan air mata,tapi ditahannya.
“Aisya! Aisya! Umar tak bersalah Aisya! Umar tak melakukan apa-apa dengan Khadija. Aisya! Aisya!”jeritan Umar Mujahid sayup-sayup kedengaran di telinga Aisya Humairah. Hati Aisya remuk dek peristiwa yang dilihatnya tadi. Umar Mujahid memain-mainkan kesetiaannya. Terus dia beredar dari situ membawa jiwa yang kecewa.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya! Kau tak boleh menerima Umar sebagai suami kau! Dia itu kotor! Dia telah berzina dengan sahabat mu sendiri! Dia patut dihukum!”
“Aisya! Jangan dengar kata-kata dia! Kau sendiri tidak pasti sama ada benar atau tidak tuduhan terhadap Umar. Kebenaran pasti akan diketahui!”
Setiap kali bisikan jahat menerpa mindanya, pasti suara hatinya membela Umar. Benarkah Umar Mujahid tidak bersalah/ benarkah dia diperdaya?
Hari itu, segalanya bakal terjawab. Mahkamah. Khadija dan Umar berada di kandang masing-masing untuk dibicarakan.
“Umar Mujahid, apakah yang berlaku pada hari ante ditangkap basah oleh ustaz Akhil?”soal pendakwa raya.
“Pada hari tersebut, ana ke rumah Aisya untuk menyerahkan borang hal ehwal nikah. Ana menunggu di luar rumah sementara menunggu kepulangan Aisya Humairah. Selepas itu, Khadija mengajak ana untu masuk ke dalam rumah. Ana menolak dengan baik. Tapi Khadija tetap menarik tangan ana untuk masuk. Dia kemudian menarik ana masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Khadija cuba untuk menggoda ana. Untuk mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku,ana keluar dari rumah dan mendapati ustaz Akhil sudahpun berda di luar rumah.”kata Umar Mujahid degan tenang dan penuh berkeyakinan.
Soalan yang sama diajukan kepadakan Khadija. Ternyata Khadija bijak mereka-reka cerita, getus hati Umar Mujahid. Saat itu, Umar Mujahdi memohon kepada Allah,agar kebenaran menampakkan cahayanya bahawa dia tidak melakukan perkara terkutuk itu.
“Mahkamah memerintahkan supaya Umar Mujahid dan Khadija mempercepatkan pernikahan bagi mengelakkan zina dan fitnah berlaku. Ada apa-apa bantahn?” tanya tuan hakim. Suasana sepi menyelubungi atmosfera mahkamah.
Tiba-tiba seorang gadis berlari ke ruang hadapan mahkamah.
“Rasyiqah!’ terpacul nama itu dari mulut Umar Mujahid. Kanapa dengan Rasyiqah? Bisik hati kecilnya.
“Ada bantahan yang ana ingin nyatakan. Sebenarnya Umar Mujahid tidak bersalah. Ana dan khadija yang menjadi dalang selam ini,” kata Rasyiqah dengan tegas.
Air muka khadija yang tadi ceria berubah cuak sekelip mata. Apa yang Rasyiqah cuba lakukan?
“sila terangkan dengan lebih jelas saudari Rasyiqah,”kata tuan hakim pula.
“Maafkan ana Khadija. Ana sudah tidak sanggup untuk berdusta lagi. Ana tidak sampai hati untuk terus merahsiakan penganiayaan ana dan ante terhadap Umar dan Aisya.Aisya, sebenarnya ana yang mengupah lelak Arab tempoh hari untuk mencabul ante. Ana terpaksa mengikut arahan Khadija kerana takut Khadija akan menghebohkan kepada mahasiswi lain yang ana ini anak luar nikah. Ana malu. Oleh itu, ana hanya mengikut arahan KAhdija tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Maafkan ana Aisya! Hukumlah ana! Dan ana juga yang memanggil ustaz Akhil untuk menyerbu ke rumah Aisya untuk memerangkap Umar dan Khadija. Ana dan Khadija yang bersalah, tuan hakim!”kata Rasyiqah dengan penuh keikhlasan dalam setiap kata-katanya. Sesungguhnya dia begitu kesal dengan perbuatannya. Terasa dirinya terlalu hina. Dia terlalu malu untuk bergelar makhluk Allah bernama manusia.
Aisya Humairah tersentap mendengar keterangan Rasyiqah. Benarkah apa yang dikatakan Rasyiqah? Benarkah ini rancangan Khadija?
“Khadija, benarkah keterangan yang dinyatakan oelh saudari Rasyiqah?” tanya tuan hakim. Khadija menunduk. Menyelami jiwa sendiri mencari nilai kejujuran yang masih bersisa di hatinya. Air matanya gugur.
“Kata Rasyiqah benar,tuan hakim. Analah dalang semuanya. Ana cemburu dengan hubungan Aisya dan Umar. Ana mengupah orang untuk mencabul Aisya supaya Umar tidak menerima Aisya. Tetapi cinta Umar untuk Aisya terlalu utuh. Jadi ana sengaja ingin menghalang perkahwinan mereka dengan sengaja ditangkap khalwat agar Aisya membenci Umar dan supaya Umar menikahi ana. Maafkan ana Aisya! Maafkan ana Umar! Ana kejam…”jelas khadija tersekat-sekat dek sebak membuka pekung di dada.
Umar Mujahid memanjat kesyukuran kepada Illahi. Kebenaran terbukti jua. Cuma hatinya sedikit kesal dengan perbuatan Khadija dan Rasyiqah. Tegarnya mereka menyakiti belahan jiwanya..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Di luar mahkamah, Umar Mujahid mencari-cari Aisya Humairah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Aisya!” panggil Umar Mujahid sebaik menemui kelibat Aisya Humairah. Aisya berada di samping Ummi Maisarah.
“Aisya, Umar tidak bersalah. Aisya percayakan?” kata Umar Mujahid bersungguh-sungguh.
“Asiya percaya, Umar. Maafkan Aisya kerana ragu-ragu terhadap kejujuran Umar,”ujar Aisya Humairah pula.
“Aisya tak perlu meminta maaf. Aisya tidak bersalah. Seharusnya Umar yang patut lebih berhati-hati. Syukur kerna segala kekusutan akhirnya terlerai. Umar pasti, di sebalik semua in, pasti ada hikmah yang besar untuk kita semua.”kata Umar Mujahid yang tersenyum lega.
“Alhamdulillah.. Aisya juga begitu Umar. Dan hikmah yang paling Aisya dapat lihat, Umar seorang insan yang baik,”kata Aisya Humairah. Umar Mujahid tersenyum lagi. Ya Allah! Berilah kami jalan untuk mengecapi kebahagiaan! Doa Umar Mujahid di dalam hati.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Umar Mujahid mengucup lembut dahi Aisya Humairah. Perasaan tenang meneyelubungi ruang jiwa Aisya. Terlalu sukar untuk mengungkapkan perasaan gembiranya setelah dinikahi insan bernama Umar Mujahid.
“Umar, terima kasih kerana menjadikan Aisya sebagai isteri Umar. Bantulah Aisya untuk menjalankan kewajipan Aisya sebagai isteri solehah. Cintailah kelebihan dan kekurangan Aisya dan jangan sia-siakan Aisya dalam kehidupan Umar,”ucap Aisya Humairah lembut seumpama satu amanat darinya untuk Umar Mujahid.
“Umar tidak akan sesekali mensia-siakan Aisya. Umar adalah suami Aisya. Sebagai suami, Umar akan sentiasa melindngi dan membimbing Aisya,” ujar Umar Mujahid lalu menggenggam erat jari-jemari Aisya untuk memberi kekuatan kepada Aisya Humairah.
Umar Mujahid mengucup kepala Aisya dengan penuh kasih sayang sebelum mimbisikkan di telinga Aisya,
“semoga cinta Umar dan Aisya sentiasa mendorong kita kepada cinta-Nya yang kekal selamanya…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "kalimah-kalimah cinta"