Pages

aku desperate

“ Hish, bengang betul lah!” jerit aku tiba-tiba sambil menghempaskan iPhone ku ke atas katil. Alin tersentak melihat tingkah ku yang tak tentu pasal itu lalu memandangku tajam.

“ Ika, kau ni apasal mengamuk tiba-tiba ni? PMS ke apa kau ni? “ sapa Alin kepada aku. Sorry lah Alin, aku kacau study, tapi aku memang tengah bengang ni, kata aku dalam hati.

“ Alin, apa kau rasa kalau kau mesej orang, orang tak balas. Kau call orang, orang tak angkat? Tak ke bengang namanya tuh?” kata aku menyoal Alin pula.

“ Bengang sikit. Tapi takde lah sampai nak hempas-hempas handphone. Kau ni pun, kalau bengang sangat, jangan lah hempas iPhone kau tu atas katil, baling kat dinding, lagi syok,” kata Alin. Hish budak Alin ni, macam perli aku pulak. Arghh!

Aku mendiamkan diri seketika sambil mencebikkan bibir. Saja nak merajuk. Kejap nanti, mesti si Alin pujuk punyalah. Aku dah faham sangat dah dengan sifat si Alin ni. Mulutnya memang suka memerli, tapi hati dia baik.

“ Wowo..Ika, kau tak payah nak buat muka merajuk kau tu, aku dah lali. Haa, apa yang buat kau bengang tu? Meh, cerita kat aku. Alalalala..,” kata Alin tiba-tiba sambil mencuit manja lengan aku. Haish, Alin memang pandai baca betul lah. Tahu-tahu je aku buat-buat merajuk.

“ Pasal Amar lah,” kataku pendek. Alin membulatkan mata ke arah aku. Apasal perempuan ni, macam terkejut beruk je aku tengok.

“ Amar? Lorh, aku ingat kau dah give up dengan dia, “ kata Alin pula. Oh, patutlah dia terkejut, dia ingat aku dah tak kisah pasal Amar dah.

“ Give up? Banyak cantik kau! Bersusah payah tau aku jadi stalker dia. Buat muka tak malu tanya pasal dia kat Zamir. Curi-curi nombor handphone dia. Takkan aku nak mengalah macam tu je,” kata aku dengan penuh perasaan. Memang banyak perkara aku lakukan dalam usaha mengenali Amar dengan lebih mendalam. Mencabar tau!

“ So, kau tadi bengang sebab Amar tak reply mesej kau lah, macam tu? Kau ni pun satu, sabarlah sikit. Dia takde kredit nak reply kot,” kata Alin kononnya nak menenangkan perasaan aku yang tengah berkocak ni.

“ Takkanlah takde kredit kot. Dia tu bukannya datang dari family papa kedana ke apa. Memang dia tu saja taknak reply mesej aku. Ingat aku nak mengorat dia sangat ke. Perasan betullah mamat skema tu,” jawab aku dalam nada geram.

“ Jadi yang nak bengang tu buat apa? Buat sakit hati je kan. Dah dia taknak layan kau, kau stop je lah dari kacau dia. Kau ni pun satu lah, desperate betul!” ujar Alin. Sengal punya Alin, suka-suka je dia cakap aku desperate. Tapi, memang betul pun! Aku tergelak kecil.

“ Takpe Amar. Kau ingat aku ni pengecut. Siap kau esok!” kata aku dengan penuh bersemangat. Alin cuak mendengar kata-kata yang tak semena-mena keluar dari mulut aku.

“ Hei, kau ni nak buat apa plak ni?” tanya Alin ingin tahu.

“ Aku akan berhadapan dengan dia esok. Aku nak dia explain kenapa dia tak reply mesej aku, tak angkat call aku. Aku nak tahu jawapan dari mulut dia sendiri. Lepas tu, baru aku puas hati, dan aku takkan kacau dia dah,” kata aku penuh berani.

Alin tercengang mendengar kata-kata aku. Mulutnya seakan terkunci tuk berkata-kata. Mesti dia terkejut gila dengan kenyataan yang aku buat tadi. Aku pula buat muka bajet yakin gila.

Eh, berani betul aku. Betul ke aku berani nak jumpa Amar ni. Kalau aku tarik balik kata-kata aku ni, mesti Alin gelak besar and hebohkan dekat satu kolej. Tak boleh jadi. Aku boleh lakukan. I can do it!

********************

‘Bismillahirahmanirrahim..’sebutku perlahan sebaik melangkah masuk ke dalam perpustakaan kolej ku yang sangat indah. Buku-buku rujukan A Level kelihatan tersusun rapi. Meja-meja study bersama kerusinya pun tersusun rapi. Aku menoleh sekilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul 9 pagi. Patutlah perpustakaan masih lagi lengang.

“ Awalnya kamu datang hari ni,” sapa Pakcik Hasnul yang bertanggungjawab menjaga perpustakaan pada hari Sabtu hari ini. Eh, pakcik ni, tegur aku tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya ketika aku melintasi kaunter peminjaman dan pemulangan buku. Aku tersengih macam kerang busuk.

“ Study pagi-pagi ni mudah meresap sikit, pakcik. Hehe ,” jawabku tipu sunat. Banyaklah punya study. Tujuan saya nak jumpa Amar lah pakcik. Tapi, takkan nak cakap macam tu pulak. Pakcik Hasnul turut tersenyum mendengar kata-kata aku.

Buku Step-by-Step Chemistry dan pencil case aku keluarkan dari beg sandang lalu membawa langkah ke tingkat atas perpustakaan. Aku tahu benar, Amar tak suka study dekat bawah, sebab bila ramai orang, mesti tingkat bawah perpustakaan bising macam pasar malam. Dekat tingkat atas, senyap sikit.

Sampai di tingkat atas, aku menjenguk-jenguk kan kepala mencari kelibat Amar. Mana mamat skema ni, selalunya waktu awal-awal pagi macam ni dia dah tercongok kat sini. Aku meneruskan pencarianku sehinggalah, ‘ Haa, itupun dia!’ ucapku dalam hati.

Aku mengatur langkah sesopan mungkin ke arah Amar. Amar kelihatan khusyuk mengulangkaji pelajaran. Kepalanya dari tadi aku perhatikan menunduk saja. Tidur ke apa. Aku tersengih lagi.

“ Assalamualaikum, “ aku memberi salam. Jangan tak jawab salam aku sudah. Memang nak kena kalau tak jawab.

Kepalanya mendongak ke arah aku. Pelik. Dia memberi pandangan pelik kepada aku. Apahal dia ni, muka aku macam muka alien ke apa?

“ Waalaikumsalam,” jawab Amar macam nak taknak. Alamak, dia dah jawab salam. Nak cakap apa pula ni. Malam tadi dah penat practise nak bercakap dengan dia. Sekarang macam dah lupa nak cakap apa. Rileks Ika, jangan panik. Aku berkata sendiri.

“ Saya..saya Ika,” kataku tergagap-gagap memperkenalkan diri. Aku menarik nafas sedalam mungkin untuk meneruskan bicara. Tapi belum sempat aku berkata-kata, Amar awal-awal lagi memotong cakapku.

“ Oh, awak ni la Ika ya? Yang selalu kacau hidup saya! Mesej saya! Call saya!” marah Amar tiba-tiba. Hish, garangnya! Aku belum cakap apa-apa, dia dah mengamuk macam singa. Tak suka!

“ Hey, yang awak ni tiba-tiba marah saya ni kenapa? Saya datang nak jumpa awak, bukan nak kena marah. Saya cuma nak penjelasan dari mulut awak je kenapa tak reply mesej saya, tak angkat call saya, itu je,” kata aku tegas. Apa dia ingat aku jumpa dia ni nak menggatal dengan dia ke, getus hati aku.

Amar melepaskan pandangan ke arah tingkap lutsinar menghadap taman hijau. Suasana diam seketika. Pertanyaan aku masih belum dijawab. Mungkin Amar sedang memikirkan jawapan yang sesuai. Mungkin juga dia rasa bersalah kerana menengking aku tiba-tiba.

“ Kita discuss benda ni dekat luar,” kata Amar ringkas lalu melangkah menuruni tangga dan keluar dari perpustakaan. Aku sekadar membuntuti langkahnya demi mengharapkan sebuah penjelasan.

Taman menghijau di sebelah perpustakaan tidak mampu menenangkan perasaan yang bercampur-baur dalam hati aku. Berdebar-debar pulak nak mendengar penjelasan Amar.

“ Saya dah ada girlfriend. Saya tak reply mesej awak, tak angkat call awak sebab saya taknak girlfriend saya salah sangka dekat saya, “ kata Amar memulakan bicara. Aku sedikit terkejut dengan kenyataan dia. Ada girlfriend? Biar betul. Budak skema macam Amar ada girlfriend.

“ Tipu! Zamir kata awak mana ada girlfriend!” kata aku meninggi suara. Memang aku tak percaya. Dusta belaka lah!

“ Oh, jadi selama ni, awak jadi stalker saya menerusi Zamir lah? Hei, awak ni perempuan jenis apa haa? Desperate sangat nak berboyfriend!” marah Amar kepada aku.

“ Mulut awak tu jaga sikit. Apa, awak ingat saya ni kemaruk sangat ke nak berboyfriend. Saya cuma nak berkawan dengan awak je, bukan nak bercinta pun! Haih, malang betullah girlfriend awak ada boyfriend mulut kurang ajar,” puas aku membidas kata-kata Amar yang begitu mengguris hati perempuan aku. Sampai hati dia herdik aku macam tu.

“ Habis tu, yang awak kacau saya kenapa? Kenapa? Alasan berkawan tu dah lapuklah! Sudahlah! Buang masa je saya bertekak dengan perempuan desperate macam awak. Saya taknak tengok muka awak dah. Menyampah! Mulai saat ini, awak jangan nak mesej saya, call saya, ambil tahu pasal saya melalui Zamir.Dah pergi dari sini!” tengking Amar lagi.

Betapa terasa hinanya aku, bila lelaki yang aku puji-puji selama ini memarahi aku, mengherdik aku, menengking aku dan paling aku kesali melabelkan aku sebagai perempuan desperate. Desperate sangatkah aku? Besar benarkah salah aku hanya untuk menjadi kawan dia? Aku bertanya pada diri sendiri.

“ Baik, terima kasih atas penjelasan awak. Saya amat menghargainya,” kataku lalu berlalu pergi dari situ sambil menahan sebak di dada. Terasa bagai air jernih mahu mengalir dari kolam air mataku. Tapi ditahan. Aku takkan nangis sebab Amar!

Amar melihat aku berlalu dari taman hijau itu. Dia sendiri tak sedar bagaimana dia boleh jadi garang sebegitu rupa sedangkan dia terkenal dengan sikap coolnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apa yang baru terjadi, lalu membawa diri ke dalam perpustakaan semula.

**************************

‘ Kamu tak tahu,
Hancurnya hatiku..
Saat berhadapan kamu..
Kamu..tak bisa bayangkan rasanya jadi diriku..
Yang masih cinta...hooo..’

Haih. ‘Sedap jugak suara aku,’. Aku memuji suara aku sendiri. Ya lah, siapa nak puji kalau bukan diri sendiri. Oh ya, tajuk lagu ni ialah Masih Cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan Kotak. Aku baru je tahu pasal lagu tu. Minggu lepas selepas kena ‘reject’ terang-terangan dengan Amar, aku terus minat untuk layan lagu jiwang.

Pintu bilik aku tiba-tiba dikuak. Siapa pula nak kacau aku layan perasaan ni. Ganggu betul. Eh, Alin! Dah lama dia tak datang ke bilikku untuk study bersama. Takde la lama sangat. Seminggu je.

“Huh! Lagu apa yang kau dengar ni, jiwang betul,” kata Alin lalu duduk di atas kerusi ku. Jarinya ligat menekan-nekan mouse laptop ku. Lagu lain dimainkan.

“Weyh, kau ni. Masuk tak bagi salam. Pastu tukar lagu pulak.” Kata aku buat-buat marah. Alin tak mempedulikan kata-kata aku.

“Ah, lantaklah. Eh, sejak bila kau layan lagu-lagu indon ni? Pelik aku tengok. Haih, macam ada something wrong je kau ni. Demam ke?” ujar Alin selamba lalu melekapkan belakang tapak tangannya ke dahi ku. Kononnya nak test aku demam ke tak lah. Poyo!

“Eh, mana ada. Saja ubah selera, tak boleh ke?” kata aku pula. Alin senyum tiba-tiba . Apahal pulak ni, aku ada salah cakap ke?

“Ika, kau boleh luahkan apa-apa aje kat aku. Aku ni kan member kau,” kata Alin pula. Aku buat-buat tak faham. Alin pulak buat muka simpati.

“ Apa kau ni Alin, nak luahkan apa kat kau?” kataku pula sambil menoleh ke tempat lain. Aku mengagak sesuatu. Alin tau apa yang terjadi anatar aku dan Amar ke.

“Aku nampak apa yang terjadi minggu lepas kat taman hijau sebelah perpustakaan,” kata Alin lembut. Sah, memang benar tekaan aku. Alin tahu pasal kes hari itu.

Aku menunduk lemah. Pabila mengenangkan peristiwa pertelingkahan antara aku dan Amar, diri aku dengan automatiknya jadi down, jadi lemah, jadi tak bersemangat. Masih aku ingat lagi setiap bait-bait kata-katanya yang bila dikenangkan semula, cukup buat aku rasa kecewa yang amat.

Alin menghampiri aku dan memeluk aku tiba-tiba. Kenapa dengan Alin ni? Jangan lah buat macam ni. Nanti aku nangis. Dia mengusap-usap belakangku. Aku tiba-tiba jadi terharu mengenangkan betapa ‘concern’nya sahabatku seorang ini terhadap aku. Dan akhirnya, air mata yang aku tahan sejak minggu lepas terburai juga. Di bahu Alin, aku meluahkan segala rasa yang tersirat dihati aku.

“Aku malu dengan kau Alin. Malu. Aku selama ni terhegeh-hegeh dekat dia. Aku puja-puja dia. Tapi, perkara sebaliknya yang terjadi. Dia herdik aku. Dia kata aku desperate. Aku sedih sangat-sangat. Tak pernah ada orang marah aku macam mana dia marah aku. Dia buat aku rasa terhina sangat,” luah aku teresak-esak kepada Alin. Kepada Alin lah tempat aku mengadu.

“Ala, rileks la Ika. Siapa lah dia untuk buat kau rasa terhina. Kau adalah kau. Kau lebih kenal diri kau sendiri. Jangan nak ambil peduli kata-kata dia,” kata Alin cuba meredakan tangisan aku.

“ Macam mana aku tak peduli, kau tahu kan, aku memang admire gila kat dia,” kata aku pula.

“ Kau ni, dia dah marah-marah kau pun, takkan kau masih nak admire dekat dia? Lupakan je lah dia. Anggap lah satu hari nanti kau akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari dia,” kata-kata Alin sedikit sebanyak memberi aku semangat untuk melupakan Amar. Terima kasih Alin, kau memang memahami aku.

“ Sekarang aku nak marah kat kau pulak,” kata Alin lagi. Aku jadi pelik. Tiba-tiba nak marah aku, kenapa?

“Apsal pulak?”tanya kehairanan.

“ Kau lah! Ada masalah taknak cerita. Geram aku!” ujar Alin pura-pura bengang. Aku tersengih memandang Alin. Lalu mengundurkan diri dari Alin dan berlari-lari anak keluar dari bilik. Alin mengejar aku.

Bukannya apa, dulu kami dah janji, setiap masalah kena kongsi. Tapi aku dah mungkir janji. Aku ketawa mengekek sambil berlari. Sorrylah Alin, aku segan nak beritahu kau kena reject! Haha.

**************************

“ Ika, ika..!” Alin memanggil-manggil nama aku sambil tercungap-cungap berlari ke arahku yang sedang leka bermain badminton bersama Zamir di gelanggang badminton kolejku.

“ Alin, kau apsal ni? Tercungap-cungap aku tengok,” kata aku lalu merehatkan diri yang keletihan dek kerana membalas smash berkali-kali dari Zamir. Aku dan Zamir menghampiri Alin. Sedia menunggu berita yang ingin disampaikan Alin.

“ Amar..Amar..” kata Alin tersekat-sekat.

“Alin, tarik nafas dulu,” kata Zamir pula. Risau dia melihatkan keadaan Alin yang macam orang semput.

“ Amar, Amar tengah kena belasah teruk dek geng MARIO dekat belakang gimnasium,” kata Alin satu nafas. Apa? Amar kena belasah. Aku diburu rasa khuatir. Ya Allah, kesian Amar.

Meskipun Amar tak suka dekat aku, aku kena selamatkan dia daripada terus dibelasah. Kalau dibiarkan, teruk dikerjakan geng MARIO yang bengong tu.

Siapa yang tak kenal dengan geng MARIO. Terdiri daripada Malik, Amri, Rizal, Ikmal dan Osman. Makan bergabunglah mereka atas nama MARIO. Ketua geng MARIO yakni Malik merupakan anak pengetua kolej ini sendiri. Tiada siapa yang berani melawan. Cubalah lawan, masuk hospital jawabnya. Aku takut juga, tapi demi Amar, aku sanggup beranikan diri berhadapan dengan geng MARIO.

Aku terus berlari menuju ke arah belakang gimnasium. Tempat itu sunyi, dan memang itulah port geng MARIO untuk membelasah pelajar yang mereka rasa tak puas hati. Dan mangsa mereka kali ini adalah Amar.

Zamir mengikut langkahku. Begitu juga Alin. Berilah aku semangat untuk menolong Amar meskipun kalian sendiri takut dengan menghadapi geng MARIO.

Sampai di tempat kejadian, ku lihat Amar tidak lagi berdaya. Badannya longlai menerima tumbukan dan tendengan bertubi-tubi . Kurang ajar betul!

Aku menghampiri mereka perlahan-lahan. Dengan sepenuh tenaga, aku melibas setiap belakang badan geng MARIO dengan raket Yonex. Bush! Bush! Bush! Bush! Bush! Bush! Lima libasan aku lakukan. Dari mana tenaga itu datang, aku sendiri tidak pasti. Barangkali kerana Amar, tenaga ku jadi kuat tiba-tiba.

Geng MARIO mengaduh kesakitan. Buat pertama kali dalam sejarah gangster mereka, seorang perempuan begitu berani melawan mereka. Mereka kelihatan terkejut melihat aku yang sedang menyinga memandang mereka sambil menggertak untuk memukul mereka lagi. Lalu tanpa membuang masa, mereka berlari terkontang-kanting dari situ. Zamir dan Alin tercengang melihat tindakan aku.

Aku menghampiri Amar yang sedang menahan kesakitan. Bibirnya berdarah teruk. Mukanya lebam ditumbuk. Amar cuba berdiri, tapi tak berdaya. Mujur ada Zamir di situ. Zamir membantu Amar untuk berdiri.

“Kenapa datang tolong saya? Kalau awak kena pukul sekali macam mana?” kata Amar perlahan. Sempat lagi dia memarahi aku dalam menahan kesakitan. Telingaku masih peka menangkap kata-katanya. Zamir kemudian memapah Amar pulang ke asrama kediaman mereka lalu mengisyaratkan Alin untuk menyuruh aku turut pulang.

Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Tiada ucapan terima kasih dilafazkan Amar. Terasa pertolongan yang ku hulur langsung tak dihargai. Sampai hati kau buat aku macam ni Amar!

*************************

Malam pertama. Jangan fikir lain. Aku belum berkahwin dengan siapa. Dan aku juga belum berboyfriend lagi. Masih single-mingle. Selepas kejadian aku menjadi heroin, aku tak pandang siapa-siapa. Amar pun aku dah tak hirau. Apa nak jadi dengan dia, lantaklah. Aku dah tak peduli.

Selepas berjaya dalam peperiksaan A Level Cambridge International Examination, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Edinburgh. Gembira tak terkata! Alin pun dapat sama dengan aku. Alhamdulillah kami berdua berjaya.

Dan malam ini, merupakan malam pertama aku bertugas sebagai doktor pelatih di wad 7U Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku masih lagi bertenaga melayan kerenah pesakit yang sekejap-sekejap meminta ubat bius. Hari pertama lah katakan. Tenaga masih banyak lagi.

Handphone diatas meja dipandang sekilas. Eh, ada mesej masuk. Punat view message ditekan, ‘Hoi, Ika. Buat apa tuh? Tak takut ke duk hospital malam-malam. Kalau jumpa hantu, baca ayat Kursi tau. Bye, aku nak tdo,’.Aku tersenyum sendiri. Mesej daripada Alin. Sempat lagi dia mengusik aku. Pasal Alin pula, dia jadi doktor pelatih di Kelana Jaya Medical Centre. Taklah jauh sangat dari Petaling Jaya ni.

Setelah menyiapkan laporan perubatan untuk hari itu, aku berjalan sekitar wad yang meregangkan otot-otot badan. First day,boleh lah buat macam tu. Sampai di hujung wad, aku berpatah balik ke ruangan depan wad yang menempatkan kaunter dan meja untuk nurse dan para doktor membuat kerja-kerja masing-masing.

Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki di ruangan doktor membuat laporan perubatan. Gayanya tak ubah seperti Amar. Aku terlalu ingatkan dia ke. Takkan Amar kot. Takpun, takkan hantu Amar. Tiba-tiba teringat mesej Alin tadi mengenai hantu. Alin, kau buat aku takut plak.

Aku memberanikan diri melangkah ke arah ‘makhluk’ itu.

“ Awak ni siapa?” tanya aku. Makhluk tu memandang aku. Tidak !!! Terkejut aku melihat muka Amar yang dilumuri darah. Mata kanannya tersembul keluar. Mulutnya senget-benget. Hidungnya pula penyek .Ya Allah, gelinya aku melihat wajah Amar , hanya Tuhan saja yang tahu. Aku terus menjerit ketakutan sambil menekup mukaku dengan kedua belah tangan.

Bahu aku tiba-tiba digoncang kuat. Aku membuka mata terjaga dari igauan entah apa-apa.

“ Amar!” aku menjerit sebaik melihat Amar di hadapanku. Huh. Aku bermimpi rupanya. Tapi, betul ke Amar di hadapan aku ni, atau aku masih bermimpi lagi.

“ Ya, saya Amar. Pergilah cuci muka, awak bermimpi pagi-pagi buta. Kalau patients nampak, buat malu je,” kata Amar selamba. Jam ditangan menunjukkan pukul 3 pagi. Entah bila masa aku terlelap, aku pun tak sedar.

Alahai malunya aku rasa. Boleh pulak nak mengigau. Malu. Malu dengan Amar. Mesti hodoh gila reaksi aku waktu mengigau tadi.

Aku bangkit dari kerusi dan menuju ke sinki berhampiran dan membasuh muka. Sekembalinya aku ke ruangan doktor, Amar tiada di situ lagi. Ke mana dia pergi,aku pun tak pasti. Tapi yang pasti, yang tadi itu Amar. Mukanya tak banyak berubah. Masih seperti enam tahun yang lalu. Dia macam tak kenal aku je. Ah, buat apalah dia nak ingat perempuan desperate macam aku! Aku memerli diri sendiri.

**************************

Ngap! Aku mengunyah sandwich tunaku. Aku breakfast seorang diri di cafeteria yang terletak di tingkat 1 bangunan utama PPUM. Takde siapa yang nak teman. Makan sorang-sorang pun syok jugak.

Aku mengunyah sandwich ku sambil memamndang sekeliling cafeteria. Apa yang dapat ku lihat, cafeteria ni memang bersih. Berwarna-warni pulak tu, kalau stress, pun jadi kurang stress. Mataku kemudiannya pantas menangkap kelibat Amar yang sedang membayar makanannya di kaunter. Amar kemudian menuju ke arah meja aku. Alamak!

“ Hei, saya duduk sini eh,” kata Amar kepadaku lalu menarik kerusi dan duduk dihadapanku. Aku sekadar mengangguk. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Apahal pulak ni? Amar je pun, yang aku nak berdebar-debar ni kenapa pulak. Aku berbisik pada diri sendiri.

“ Awak mimpi apa pagi tadi sampai mengigau tu? Kelakar betul saya tengok,” kata Amar sambil tergelak. Ek’eleh. Dia ingat aku suka-suka nak mengigau ke. Pastu, boleh gelakkan aku pulak.

“ Saya mimpi makhluk tuhan yang berada di hadapan saya sekarang ni mata kanannya tersembul keluar. Mulutnya senget-benget. Hidungnya pula penyek. Puas hati?” kata aku sedikit geram dek kerana Amar menggelakkan aku.

“ Eh, jangan lah marah. Orang tanya je. By the way, betul ke? Mungkin sebab awak terlalu teringatkan peristiwa saya kena belasah dengan geng MARIO kot,”kata Amar lagi. Geng MARIO? Maksudnya dia masih ingat lagi lah dekat perempuan desperate ni,aku berkata dalam hati.

“ Awak masih kenal saya lagi?” tanyaku pura-pura tak tahu.

“ Of course lah saya masih kenal. Awak perempuan yang paling berani pernah saya jumpa. Sanggup datang selamatkan seorang mamat yang garang dekat awak. Lepas tu tak reti cakap terima kasih kan?” ujar Amar lagi. Oh, dia sedar rupanya dia tak cakap terima kasih kat aku. Tapi kenapa baru sekarang?

“ Hmm.. Itu cerita lama lah. Tak perlu nak diungkit-ungkit. Lagipun, pertolongan saya tu ikhlas. Tak bermaksud apa-apa,” kataku dalam nada malas. Perasaan aku kepada Amar tiba-tiba hadir semula. Tidak! Aku tak boleh suka dia! Aku menghabiskan sisa air Nescafe ku. Lalu, bangkit dari kerusi.

“ Ika, terima kasih,” ucap Amar sebelum aku berlalu pergi.

Dah macam dalam drama pulak kejadian di cafeteria. Si gadis membawa hati yang lara meninggalkan jejaka idaman hatinya. Aku khuatir jikalau perasaan cinta akan berputik semula untuk Amar. Aku trauma mengenangkan peristiwa Amar memarahi aku. ‘Saya taknak tengok muka awak dah. Menyampah!’. Kata-katanya bermain semula di gegendang telinga ku. Kuatkanlah jiwamu , Ika.

*************************

Masa memang pantas berlalu. Rawat patient tu, rawat patient ni. Kerja kat department tu, kerja kat department ni, dah nak masuk setahun aku jadi doktor pelatih. Doktor pelatih? Ala, senang je. Itulah anggapan orang kampung aku. Mereka tak tahu betapa mencabarnya kerja aku. Penatnya, hanya Allah je tahu. Stress tak usah cakap. Setiap hari, tekanan ke tension ke, dah jadi asam garam kehidupan. Tak sempurna hari seorang doktor pelatih, kalau tak tertekan.

Medical Officer (MO) yang menyelia aku pula ada macam ragamnya. Ada yang cakap lembut. Ada yang cakap kasar. Ada yang suka marah-marah. Ada yang penyayang. Pendek kata, macam-macam jenis MO lah yang pernah aku jumpa. Mula-mula tu, memang asyik rasa nak nangis je lah kena herdik semua, tapi lama-lama dah jadi biasa.

Bukan nak kena mengadap perangai MO je, perangai patients pun aku tak larat nak layan. Ada patients yang tak tahan sakit, menjerit-jerit macam orang gila. Patients yang baran pun ada, aku punyalah baik dengan dia, rawat dia,dia pulak suka-suka nak mengamuk dekat aku. Huh! Apa nak buat, terima aje lah!

Amar? Aku okey je dengan dia. Dia pula layan aku dengan baik sekali. Walaupun dia sendiri sibuk sebagai doktor pelatih, dia sempat curi masa nak bertemu dengan aku dan bagi aku kata-kata semangat. Kadangkala secara kebetulan, aku bekerja dengan dia. Cekap betul dia ketika merawat patients. Oh lupa pula aku nak bagitahu, Amar ni sebenarnya senior aku, jadi dia memang cekap lah sebab dia jadi doktor pelatih dulu dari aku .Aku tengok skill dia, dan aku aplikasi bila aku rawat patients aku pula. Sedikit sebanyak, kemahiran yang aku ada sehingga kini, datang dari Amar.

Kadangkala terdetik di hati aku, kenapa Amar jadi baik dengan aku. Sedangkan waktu zaman kolej dulu, dia layan aku dengan kasar. Garang! Tapi sekarang lain pulak ceritanya. Mungkin dia nak balas budi aku selamatkan dia kot, aku membuat andaian sendiri.

*************************

‘ Turun kat tempat emergency sekarang juga!’ Mesej yang aku terima dari Amar. Ada kes kecemasan apa pulak ni sampai nak suruh aku turun. Mengada betul lah. Aku baru je free, dah ada case pulak. Kacau betul!

Aku mempercepatkan langkah menuju tempat kecemasan PPUM. Kelihatan sebuah kerata Honda Civic di parking ambulance. Itu macam kereta Amar. Dan Amar pun ada dalam kereta itu. Saja nak menyusahkan aku lah dia ni.Aku berjalan malas ke arah keretanya. Tingkapnya diturunkan.

“Ika, masuk dalam kereta kejap,” arah Amar kepadaku. Aku hanya menurut. Dah jadi kebiasaan ketika bekerja, setiap apa yang Amar ucapkan, umpama satu arahan kepada aku dan aku perlu mematuhinya.

Keadaan sunyi seketika. Aku tak mengeluarkan suara. Begitu juga Amar. Kereta mewah itu dipandu laju menuju Taman Jaya yang terletak berhampiran dengan hospital tempat ku bekerja. Amar keluar dari kereta. Aku mengikutinya keluar dan menuruti langkahnya ke salah satu gazebo yang terdapat di taman itu.

“ Awak dah ada boyfriend?” tanya Amar selamba. Aku terkesima mendengar pertanyaannya tiba-tiba. Apsal, nak jadi boyfriend aku ke. Namun,kata-kataku sekadar tersimpan dalam hati saja.

“ Awak bawak saya ke sini semata-mata nak tanya tu je?” kataku pula.

“ Awak tak jawab pertanyaan saya!” kata Amar dalam nada tegas.

“ Takde! So, what?!” oh, dia nak tegas dengan aku, aku pun boleh lah.

“ Bagus lah macam tu. Minggu depan saya akan hantar ibu ayah saya untuk merisik awak. Lepas tu kita bertunang dan berkahwin,” kata Amar penuh keyakinan.

“ Merisik? Bertunang? Kawin?” kataku seakan tak percaya. Kenapa mesti tiba-tiba? Gila ke apa? Macam desperate sangat je nak beristeri.

“ Habis tu, apa nak jadi dengan ‘girlfriend’ awak tu?” saja aku tekankan perkataan girlfriend agar dia ingat lagi peristiwa di kolej dulu.

“ Hey, awak masih ingat ke kata-kata saya tu? Saya tipu je lah. Saya kan budak skema waktu tu. Saya memang nak fokus pada belajar. Sebab tu saya tak layan awak. Bagai saya, perempuan-perempuan yang kacau saya tu cuma nak mengorat saya je. Maklumlah, saya kan smart,” kata Amar penuh bangga. Mamat perasan!

“Termasuklah saya?” tanya ku cuba menduga Amar.

“ Mula-mula saya ingat awak pun tergolong dalam budak perempuan macam tu, tapi sangkaan saya silap. Bila awak datang tolong saya melepaskan diri dari geng MARIO, baru saya sedar awak sebenarnya ikhlas nak berkawan dengan saya. Maafkan saya, okey?” terang Amar tentang keadaan yang sebenar.

“ Saya maafkan. Awak bukan sengaja nak marahkan? Tapi, saya pelik, kenapa tiba-tiba awak nak merisik saya ni? Desperate sangat ke?” kata aku sambil tersengih. Inilah masa untuk aku kenakan dia . Amar tersenyum malu. Barangkali, masih ingat lagi dia melabelkan aku sebagai perempuan desperate.

“ Desperate? Awak ejek saya pulak eh? Memang! Memang saya desperate nak berkahwin dengan awak. Sejak bertemu dengan awak semula, saya dah bertekad untuk memenangi hati awak. Dan, saya harap saya berjaya!” kata Amar pula. Aku tersenyum puas. Amar mengaku juga yang dia tu memang desperate nak kahwin!

Minggu seterusnya, Amar menunaikan janji untuk merisik aku. Ibuku terkejut gila. Apa taknya, setahu dia aku ni takde boyfriend, tiba-tiba ada orang datang nak meminang. Setelah aku tamat housemanship, aku dan Amar pun berkahwin. Alin dan Zamir orang paling gembira bila dapat tahu bahawa jodoh aku dengan Amar juga. Tapi, orang yang paling, paling, paling gembira sudah tentulah aku. Tak sia-sia aku tutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki, sehinggalah Amar ku yang skema melamar aku. Alahai, bahagianya hati!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

khaira & khairul

‘Yes..! Lepas ni takde kelas. Boleh lah rehat-rehat petang ni,’ bisik hatiku sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah setelah satu jam setengah menadah telinga menyalin nota-nota subjek Malaysian Studies. Perutku tiba-tiba sahaja berkeroncong minta diisi, lalu aku membawa langkah kakiku ke cafeteria yang terletak di belakang dewan kuliah itu.

Aku duduk di satu sudut cafeteria setelah membeli dua biji karipap dan sekotak air Milo. Itulah kegemaran aku. Karipap dan air Milo. Kelihatan tidak ramai pelajar di cafeteria ketika itu. Ada kelas agaknya. Kuih karipap dikunyah berhati-hati. Air kotak Milo disedut penuh tertib. Menjaga keayuan lah katakan.

Sedang aku khusyuk mengunyah karipap sambil menyelak-nyelak nota Malaysia Studies, tiba-tiba datang seorang lelaki duduk di hadapanku. Aku tersentak. Khairul? Khairul pelajar ‘hot’ kolej aku sedang duduk di hadapan aku? Biar betul .

“ Hai, makan sorang je ke? Kenapa kau tak ajak aku?” Tanya Khairul selamba. Eh mamat ni, dah lah tak pernah bertegur sapa dengan aku, terus beraku kau pula.

“Kau tak suruh aku ajak kau pun,” jawab aku malas.

Khairul merupakan kuliah’mate’ aku untuk subjek Malaysian studies. Aku memang tak pernah langsung bersembang dengan dia. Segan nak berkawan dengan dia yang kononnya ‘hot’ sedangkan aku ‘cool’. Dalam diam, aku meminati dia dek kerana gayanya yang bajet smart.

“Lain kali makan ajaklah aku. Aku selalu nampak kau makan sorang-sorang. Sebab tu aku datang nak temankan kau. Haa, kuih karipap kau ni, bak sini bagi aku sebiji,” kata Khairul lagi lalu mengambil tanpa izin karipap aku.

“Karipap aku..!” jerit aku perlahan. Haish mamat ni, geram betul aku. Dah la datang tiba-tiba,lepas tu ngap karipap favourite aku pula. Memang nak kena bebel lah ni.

“Eh, kau ni siapa haa? Datang tadi tak bagi salam. Datang mengejut. Lepas tu curik karipap kegemaran aku. Kau nak apa sebenarnya ni?” balasku sedikit marah.

“Oh my God! Aku ingat aku dah cukup popular kat kolej ni, rupanya tidak. Wahai dik Khaira, nama aku Khairul bin Kamal. Sponsor Petronas. Bakal menjadi ahli geologi berjaya. Aku suka berkawan dengan semua orang. Disebabkan aku tak pernah bercakap dengan kau, aku nak jalinkan persahabatan dengan kau, “terang Khairul panjang lebar. Hampir tersedak aku dibuatnya ketika meneguk air Milo.

“Oh, macam tu ke? No probs,” jawab aku ringkas. Dalam hati, Tuhan je tahu bagaimana gembiranya hati aku pabila satu-satunya orang yang aku minat nak berkawan dengan aku. Namun, kegembiraan tersebut hanya tertahan dalam hati. Taknak dikatakan gayat pula kalau tiba-tiba aku melompat-lompat kesukaan.

Khairul berlalu selepas itu. Mana dia pergi? Ke dia nak test market je? Otakku mula ligat berfikir-fikir. Ah, lelaki memang semua macam tu. Ikut dan je. Kalau nak blah pun, cakaplah bye ke, selamat tinggal ke,ini tidak. Pergi macam tu je. Aku kembali membaca nota ku semula.

“Tadaa..! Nah ambiklah,” ucap Khairul sambil menghulurkan aiskrim Cornetto coklat kepada aku. Aku senyum pelik. Tiba-tiba datang bawa aiskrim. Mamat ni penuh dengan kejutan betul lah. Tak baik aku salah sangka dengan dia. Rupanya, dia pergi ke kedai serbaneka di sebelah untuk beli aiskrim ini. Aku menyambut huluran aiskrim dengan senyuman lebar.

“ Terima kasih. Aku suka aiskrim coklat sangat-sangat. Baru je ingat nak beli, tapi kau dah beli dulu, jimatlah duit aku,” kata aku tertib.

“Sama-sama. Aku tahu kau memang suka makan aiskrim sambil berjalan-jalan kan..?” kata Khairul lagi. Khairul seakan mengejek. Aku pula tersenyum malu.

“Oh, kau usha aku lah selama ni? Jahat. Curi-curi tengok orang,”kataku pura-pura marah.

“Hahah. Kau ni lawak lah. Eh, kau ingat aku tak tahu, yang kau pun suka curi-curi pandang wajah aku yang hensem ni kan? Kan? Haa, tengok tu, muka kau dah blushing, memang betul la tuh,”balas Khairul pula mengenakan aku. Sungguh. Memang kata dia itu benar. Aku kehilangan kata-kata. Malu gila.

Sebelum meninggalkan Khairul, aku mencalit aiskrim ku di lengan bajunya untuk membalas dendam.

“Suka hati mata aku lah,”kataku lalu segera berlari-lari keluar dari cafeteria. Khairul hanya tersenyum melihat tingkahku itu.


******************************

Pejam celik pejam celik, hubungan persahabatan aku dengan Khairul dan pun menjangkau 7 bulan. Memang seronok dapat jadi kawan dia. Khairul memang baik gila dengan aku. Selalu belanja aku makan dekat cafeteria. Lepas tu, kalau aku tak faham dalam belajar, dia lah orang pertama yang akan ajar aku. Gembira sungguh ada kawan yang pemurah macam Khairul ni.

Aku pun apa kurangnya. Kalau dulu Khairul bukan jenis solat jemaah di surau kolej, kini tabiat ke surau sudah jadi amalan Khairul. Kalau dulu Khairul liat nak pergi ceramah agama, kini Khairul pula yang mengingatkan aku tarikh-tarikh ceramah agama. Ini sebab aku yang selalu ajak dia solat di surau selepas tamat kelas.

Tapi, sehingga kini, aku masih diburu pelbagai tanda tanya. Hubungan aku dengan Khairul tak ubah seperti teman tapi mesra. Nak kata bercinta, tidak. Nak kata berkawan biasa pun tidak. Kawan-kawan aku masing-masing buat andaian sendiri kononnya kami ni pasangan kekasih. Tension aku bila mendengar tuduhan melulu mereka ni. Khairul pun satu, bila orang tanya dia hubungan kami, dia diam dan sengih macam kerang busuk.

Kadang-kadang aku terfikir juga, Khairul ni suka aku sebagai kawan ke atau sebagai kekasih hati. Aku nak tanya, tapi segan lah pulak. Taknak dicop sebagai gadis ‘over’, aku biarkan pertanyaan itu bermain-main di minda aku.

******************************

“Hoi!” tegur Khairul ketika aku sedang leka menyiapkan homework Mathematics pemberian pensyarah aku. Terkejut aku dibuatnya.

“Kau ni. Suka sangat datang mengejut. Nak apa? Junior-junior yang baru masuk tu takde aktiviti ke petang ni?” kata ku sedikit bernada merajuk. Memang merajuk. Khairul selalu sibuk sempena minggu orientasi junior-junior yang baru masuk minggu lepas sampai takde masa nak tanya khabar aku.

“ Aitt, bunyi macam nak halau aku. Lantaklah, aku nak kacau kau jugak kat sini. Oh pasal junior, minggu orientasi dah tamatlah. Tu pasal lah. Aku mesej kau, kau tak reply. Sebab tu aku cari kau kat perpustakaan ni.”kata Khairul sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.

Aku hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Khairul. Tak tahu nak sembang apa dengan dia. Biarlah dia cari topik sendiri untuk disembangkan. Aku memang betul-betul rasa takde mood nak sembang.

“Kenapa kau diam je ni? Selalunya kau lah orang yang paling banyak cerita. Kau ada masalah ke? Ada soalan yang kau tak faham ke? Eh, bercakaplah, boringlah aku duduk dengan orang bisu ni,” kata Khairul lagi mengharap aku bersuara.

“Aku takde cerita lah. Semua soalan ni aku faham. Dan aku takde masalah pun. Cuma aku, cuma aku..”

“Cuma apa?!” Khairul memotong kata-kata aku dengan nada sedikit tinggi.

“Cuma aku bengang dengan kau. Aku jeles tengok junior-junior mengendeng-ngendeng dekat kau. Kau pula, sejak dah jumpa junior, dah tak ingat dekat aku. Dah habis orientation week, baru nak mesej aku. Bengang la aku. Macam aku ni tak wujud kau buat,” balasku dengan jujur. Sejak kehadiran junior, sedikit sebanyak hubungan aku dengan Khairul menjadi renggang. Ah, benci pula tengok junior perempuan yang menggedik.

Aku masih ingat lagi, seorang junior yang bernama Rissa, suka nak berkepit dengan Khairul sewaktu minggu orientasi. Kebetulan Khairul merupakan fasilitator Rissa. Tak padan dengan junior, dah menggatal. Khairul pula tak menolak. Aku tak nafikan, Rissa tu memang cantik. Wajahnya memang jelita. Senior-senior lelaki yang lain pun cuba mendekati Rissa. Tapi Khairul aku juga, yang si Rissa ni nak.

Khairul aku? Ah, malas aku nak fikir. Aku mengemas barang-barang di atas meja lalu berlalu meninggalkan Khairul begitu sahaja. Khairul melepaskan keluhan berat.

******************************

Sunyi. Sepi. Keseorangan. Aku kembali menjadi solo seperti mana aku sebelum berkawan dengan Khairul. Ke cafe seorang diri. Belajar di perpustakaan seorang diri. Pendek cerita, hubungan aku dengan Khairul tak ubah seperti orang asing. Aku buat-buat tak kenal dia, dia pun buat-buat tak kenal aku. Masing-masing tak mahu menjernihkan hubungan yang semakin keruh. Kawan-kawan aku pun apa lagi. Mulalah buat andaian yang tak berasas tu, kononnya aku dah clash dengan Khairul. Declare pun tak pernah, clash apebendanya. Aku mengomel sendiri.

Khairul dan Rissa. Pasangan paling popular di kolej aku buat masa ni. Cemburu? Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu langsung. Apatah lagi aku memang pernah simpan perasaan dekat Khairul. Kadang-kadang jelik juga aku tengok mereka berdua. Di mana-mana sentiasa berdua. Aku dengan Khairul dulu pun takde lah serapat macam tu. Sah, memang mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Sedikit sebanyak, aku kesal dengan sikap Khairul sendiri. Jarang benar aku lihat Khairul solat berjemaah di surau. Ketika mendengar ceramah agama, aku curi-curi pandang ke arah pelajar lelaki, tapi Khairul tiada. Memang Khairul berubah sangat sejak bersama Rissa. Salah Rissa kah Khairul liat pergi ke surau? Salah aku ke tak mengingatkan Khairul?

Khairul pun dah lupakan aku. Aku je yang gatal-gatal nak ingat dekat dia. Dari kejauhan, aku memandang Khairul, bila Khairul menoleh ke arah aku, cepat-cepat aku alihkan pandangan dan berlalu dari tempat aku berdiri melihat dia.

******************************

‘Adoi, mana aku letak buku Econs aku..?Kat mana eh..?Entah-entah dekat kelas Econ, baik aku pergi check,’kata hatiku. Aku lupa pula dekat mana aku tinggalkan buku subjek Economics aku. Aku mempercepatkan langkah ke bangunan baru yang lebih dikenali sebagai Business School Block kerana menempatkan kelas-kelas subjek berkaitan ekonomi.

Jam di tanganku menunjukkan pukul 5 petang. Business School Block memang lengang petang-petang macam ni. Kebanyakan pelajar selalunya sudah kembali ke asrama kediaman masing-masing untuk berehat. Aku yang mudah lupa ini je yang terpaksa menapak seorang diri ke bangunan ini yang terletak di hujung kampus kolej.

‘Haa, ada pun. Khaira, Khaira, kau ni pelupa betul lah,’kata hatiku selepas mencapai bukuku diatas meja. Setelah keluar kelas ,aku memulakan langkah untuk pulang ke asrama. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Aku tiba-tiba seakan-akan terdengar suara berbisik-bisik. Eh, ada hantu ke siang-siang macam ni? Memang aku ada dengar cerita dari senior-senior dulu yang kononnya, bangunan ini berhantu. Takkanlah, aku m
eyakinkan diri.

Aku mencari dari mana suara itu datang. Aku melangkah satu persatu. Makin lama, makin jelas. Suara yang aku selalu dengar. Siapa ya? Dan akhirnya aku menoleh di sebalik dinding. Khairul! Aku menjerit kecil. Sungguh,aku jelik melihat perkara jijik yang mereka sedang lakukan.

Jeritan halusku cukup membuatkan Khairul yang tadinya melekap rapat dengan Rissa tersedar. Sungguh aku tak sangka, Khairul tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Rissa buat muka tak bersalah. Perempuan murahan!

Aku berasa sangat sedih. Sangat-sangat kecewa. Perasaan aku jadi bercampur-baur. Antara sedih, kecewa, marah, geram, aku sendiri tak pasti. Aku berlari meninggalkan mereka berdua. Aku tak sanggup lagi untuk berkata-kata.

“Khaira, tunggu..!”Khairul menjerit nama aku. Takde maknanya untuk aku terus menunggu. Hati aku benar-benar pedih. Bagai ditusuk sembilu. Lelaki yang aku cinta membuat onar dengan orang lain. Ya Allah, kikiskan lah perasaan ku ini daripada mencintai Khairul..!Aku merintih perlahan.

Khairul termangu-mangu sendirian. Dia sendiri keliru. Macam mana dia boleh melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia meraup wajahnya dan berisytifar berkali-kali. Perasaan serba salah menguasai jiwanya. Rissa berlalu meninggalkan Khairul bersendirian. Khairul memandang tajam Rissa di hujung mata. ‘ini semua sebab kau, Rissa!’ Namun kata-kata itu hanya tersekat di celah kerongkong. Mana mungkin dia berkata begitu,sedangkan dia juga bersalah.

“Ah, salah aku,”katanya perlahan.

***************************

Hidup perlu diteruskan. Sejak peristiwa hari itu, aku banyak sibukkan diri. Siang hari ke kelas menuntut ilmu. Petang hari pergi berjogging. Malam hari khusyuk menyiapkan homework yang diberikan dan mengulangkaji pelajaran. Tiada segenap masa pun dibiarkan untuk berangan-angan. Aku harus kuatkan diri untuk melupuskan perasaan aku pada Khairul. Dia lelaki tak guna, aku mengingatkan diri.

Namun begitu, semakin aku cuba untuk melupakan dia, semakin dia galak mendekati aku. Ke mana aku pergi, dia ada. Pernah satu ketika di cafeteria, ketika aku sedang menjamu selera dengan rakan sekuliah aku,dia datang ke mejaku untuk makan sekali. Aku dengan selamba terus beredar dari situ. Di perpustakaan, perkara yang sama aku lakukan. Aku terlalu benci dan menyampah melihat muka dia. Aku tahu, tindakan aku ini agak kurang ajar. Tapi tak sekurang ajar apa yang dia buat dengan Rissa tempoh hari.

Aku tak berniat nak balas dendam, tapi entahlah. Aku memang langsung tak boleh nak bersemuka dengan dia. Tak boleh walau sesaat! Begitu tebalnya perasaan benci aku pada Khairul.

“Khaira,”sapa pensyarah yang mengajarku subjek Economis.

“Ya saya,”sahutku sebaik tersedar dari lamunan.

“Awak ni tak nak balik ke. Pelajar lain semua dah beredar,” katanya lagi.

“Eh, maaflah Puan Hani. Hari ni saya banyak berangan sikit,” kataku sambil kelam kabut menyimpan nota-nota kertas ku ke dalam beg.

“Nasib baik saya tegur,kalau tak sampai ke malam la awak kat sini. Okeylah, saya balik dulu ya,”balas Puan Hani lagi lalu beredar keluar dari kelas.
Aku berjalan longlai keluar dari kelas. Letih. Letih memikirkan peperiksaan A level yang bakal bermula tak lama lagi. Letih memikirkan soal hati dan perasaan. Khairul, Khairul,kan bagus kalau aku tak pernah berkawan dengan kau. Tak payah nak sakit hati. Tak payah nak peduli pasal kau. Ah, nasi dah jadi bubur.

Sedang aku berjalan meninggalkan bangunan Business School Block, lenganku direntap. Aku ditarik masuk ke salah sebuah kelas yang kosong. Khairul?

“Khairul, kau nak apa ni? Tarik-tarik tangan orang. Apa, kau ingat aku ni macam Rissa yang boleh kau pegang sesuka hati, ini Khaira lah!”kataku bersuara tegas. Aku tahu Khairul tak berniat begitu. Saja aku nak melepaskan marah.

“Khaira, aku tak bermaksud apa-apa. Kejadian yang kau tengok hari tu,di luar jangkaan aku. Aku sendiri tak sedar.Rissa yang goda aku. Aku mintak maaf,”kata Khairul bersungguh-sungguh.

“Tak guna kau nak mintak maaf dengan aku. Tak guna! Kau sepatutnya mintak maaf dekat Allah, bukan dekat aku. I got nothing to do with you. Dah, aku nak blah. Malas aku nak layan kau,” kataku lalu keluar dari kelas.

“Khaira! Nanti dulu. Aku tak habis cakap lagi dengan kau. Tolonglah! Aku tahu kalau aku biarkan kau pergi sekarang, kau memang akan terus mengelak dari aku,” kata Khairul sambil memegang lengan baju kurungku. Haish, suka-suka je main tarik-tarik. Takpe, hari ini aku beralah.

“Haa, apa benda yang kau nak cakap ni? Masa aku ni diminishing resources. Sangatlah berharga. Aku taknak buang masa aku dengar ceramah kau yang entah apa-apa ni,”kataku kasar.

“Khaira, aku tau, aku dah lukakan hati kau sebagai seorang kawan. Aku tau kau kecewa sebab ada kawan yang tak guna macam aku. Sebab tu aku nak mintak maaf dekat kau. Aku nak kita jadi kawan macam dulu, bukan macam orang asing, macam musuh, macam sekarang ni,” kata Khairul mengharap aku mengerti. Aku diam.

“Aku..aku..bukan berniat nak bermusuhan dengan kau, Khairul. Kau tak faham. Kau tak faham apa yang aku rasa,”kataku perlahan. Nada suara yang tinggi sebenatar tadi direndahkan.

“Habis tu, kenapa kau jauhkan diri aku?” tanya Khairul meminta penjelasanku.

“Aku rasa inilah masa terbaik untuk aku jelaskan semua yang dah lama terbuku dalam hati aku ni. Aku nak kau tahu, sejak kita mula-mula berkawan, aku dah jatuh hati dekat kau. Tapi aku simpan kan saja sebab taknak rosakkan hubungan persahabatan kita. Tapi, sejak kau mula rapat dengan Rissa, hati aku jadi tak keruan. Aku jeles tengok korang bersama. Aku benci dekat kau sebab kau tak hiraukan aku. Dan kebencian aku dah sampai tahap maksima bila kau buat perkara entah apa-apa dengan Rissa. Kalau kau bukan Khairul yang aku cinta, mungkin aku tak kisah. Tapi kau adalah Khairul yang aku harap suatu hari nanti akan jadi milik aku. Anggapan aku selama ini silap belaka. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Sudah lah Khairul, aku tak mampu untuk berdepan dengan kau lagi,”kataku panjang lebar. Lega hati aku dapat memberitahu Khairul perkara yang sebenar. Lapang dada kurasakan.

Khairul menatap aku dengan mata redupnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Terkejut mendengar penjelasan aku barangkali.

“Apa yang kamu sedang buat ni?” tiba-tiba masuk seorang pengawal ke dalam kelas. Aku sekadar diam, lalu beredar meninggalkan Khairul sendirian.

***************************

“Hello bro! Kau ni apasal? Macam down je kau sejak akhir-akhir ni? Ada probs ke? Rissa taknak keluar dating? “tegur Amin melihatkan roomatenya yang selalu muram belakangan ini.

“Takde kena mengena dengan Rissa lah! Aku takde apa-apa dengan dia. Dia dah quit daripada kolej ni. Kau jangan nak sebut-sebut nama dia depan aku,” balas Khairul tegas.

“Habis madu sepah dibuang. Senang-senang je kau dump dia. Dahlah Rissa tu cun. Malang betul lah dia dapat boyfren macam kau. Kau bukan hensem sangat pun. Hensem lagi aku kalau nak compare dengan kau. ,”kata Amin lagi.

“Hei, kan aku cakap jangan sebut nama dia. Kau tak faham bahasa Melayu ke? Rasa nak makan penumbuk aku ke kau ni?!” marah Khairul sambil menunjukkan penumbuknya ke muka Amin. Amin terkejut melihat reaksi tiba-tiba rakannya itu.

“Rileks la bro. Yang kau tiba-tiba jadi mamat sensitif ni ape cer? Jadi garang pulak,”kata Amin selamba.

“Pasal perempuan gedik tu, aku dengan Khaira tak sehaluan. Kerana perempuan gedik tu, Khaira dah taknak jumpa aku. Kerana perempuan gedik tu, aku dah buat perkara tak senonoh. Aku benci dia! Benci!” teriak Khairul tiba-tiba. Sungguh dia sangat terkilan dengan apa yang telah terjadi. Kalau dapat diputar kan masa, dia tidak akan melayan Rissa. Tiba-tiba, Amin jadi simpati dengan sahabatnya itu. Tak pernah dilihatnya Khairul tertekan sebegitu rupa. Tak sangka dia orang yang selalu gembira juga ada masalah.

“Cool la dude. Setiap masalah boleh selesai. Aku tahu, aku ni jenis ‘huha huha’. Tapi, kalau ada problem, cerita je kat aku. Mana tahu aku boleh tolong,” kata Amin ikhlas. Dia benar-benar mahu meringakan beban masalah yang dihadapi kawannya itu.

“Sorry. Aku tak bermaksud nak marah kau tadi. Aku cuma tertekan. Rissa blah macam tu. Khaira dah tak mahu jumpa aku. Aku rasa macam nak gila. Aku keliru. Confuse dengan perasaan aku. Aku tak pasti adakah aku benar-benar cintakan Rissa. Atau sebenarnya aku cintakan Khaira? ,”kata Khairul pula.

“Oh itu je masalah kau. Masalah kecil la bro. Kau sekarang kisah pasal Rissa lagi?” tanya Amin ringkas. Khairul berfikir-fikir seketika.

“Aku tak perlu nak kisah pasal dia lah,”balas Khairul.

“Kau kisah pasal perasaan Khaira sekarang,”tanya Amin lagi.

“Dia lah yang sedang bermain-main dekat otak aku ni,” jawab Khairul pula.

“Haa, itu maknanya kau tu cintakan Khaira. Ya dulu kau kata kau cintakan Rissa, tapi itu cinta ikut nafsu kau je sebab Rissa tu cantik. Orang yang kau cintakan itu mesti seseorang yang benar-benar kau kisah. Of course lah orang itu Khaira,” terang Amin meyakinkan Khairul.

“ Khaira? Aku memanglah kisah pasal dia, sebab dia kawan perempuan yang paling aku rapat,”jawab Khairul selamba.

“Haish, kau ni memang sengal. Memang kau tu keliru dengan perasaan kau sendiri. Aku ni kawan juga dengan perempuan. Dengan Marina, Shakira, Azza, tapi takde la sampai bagi coklat, say good night before tidur, main mesej 24 jam. Aku pun tak cukup paham lagi kot dengan sikap kau ni. Cara kau treat dia, macam kau treat kekasih tau tak?” kata Amin mengeraskan suaranya sedikit untuk menyedarkan Khairul. Khairul senyap. Memikirkan kebenaran kata-kata kawannya itu.

“ Aku..aku memang suka dekat dia. Tapi aku tak dapat luahkan. Dia tu macam terlalu baik untuk aku. Aku takut nak bagitahu dia yang aku suka dia. Aku takut dia tak boleh terima aku dan menjauhkan diri aku. Sebab tu aku dekati dia sebagai kawan. Sehinggalah aku bertemu Rissa yang membuatkan aku terlupa perasaan aku pada Khaira,” terang Khairul dengan penuh kesayuan.

Amin menghampiri Khairul dan menepuk-nepuk bahu Khairul untuk memberi semangat kepada Khairul. Tak pernah dia melihat kawannya sedih sebegitu rupa. Siapa sangka, lelaki yang dianggap macho itu, ada sisi kesedihan juga dalam dirinya.

“Dan apa yang paling mengejutkan aku, Khaira pun sebenarnya simpan perasaan dekat aku,” sambung Khairul lagi.

“Apa? Lorh, bagus lah macam tu. Kau boleh la bagitahu perasaan kau dekat dia,”cadang Amin.

“Min, dia jumpa aku pun tak mahu. Nak bercakap dengan aku apatah lagi,”kata Khairul dalam nada kecewa.

“Dia masih marah dekat kau lagi lah. Tunggulah sampai dia sejuk,”kata Amin lagi.

“Sampai bila?! Dia memang bencikan aku selamanya. Bagi dia, aku ni kotor. Aku pernah buat perkara tak senonoh. Dia takkan terima aku lah, Amin!”balas Khairul,geram mengenangkan salah diri sendiri.

“Kau kena sabar. Kau banyak-banyak lah doa, agar dia dapat terima kau semula sebagai kawan. Doa tu penting. Walaupun aku ni bukanlah alim sangat, tapi perkara-perkara basic macam ni aku tahu lah,”nasihat Amin lagi.

Khairul diam. Ya, dia tahu dia perlu bersabar. Sabarlah wahai hati,bisik Khairul sendirian.

***************************

‘Khairul’. Tiba–tiba saja aku menyebut nama lelaki itu. Kenapa eh? Aku rindu dekat dia ke?Aku tertanya sendiri. Sudah lama kami tidak bersua muka. Perasaan benci aku pada Khairul sudah menipis. Bagi aku, setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Aku telah pun memaafkan dia. Tak guna untuk mengenangkan kesalahan orang lain. Buat sakit hati aje.

Sebentar nanti, aku bakal mengambil paper 1 Biology untuk A level. Aku rasa aku sudah bersedia. Teman aku yang lain masih sempat lagi membelek nota latihan mereka. Aku sekadar setia berdiri di depan pintu dewan peperiksaan dengan riak wajah yang tenang. Sekali-sekala aku menjenguk-jenguk kan kepala mencari kelibat Khairul.

“Assalamualaikum Khaira,”satu suara memberi salam dari belakang. Aku menoleh. Khairul?

“Waalaikumsalam,” lembut aku menjawab salam. Aku sudah penat bermusuhan dengan dia. Aku mahu berdamai.

“Good luck okey jawab exam nanti. Cakaplah good luck kat aku jugak,” kata Khairul sambil tersengih.

“Good luck jugak. Terima kasih eh ajar aku topik-topik yang aku tak paham. Aku terhutang budi dekat kau,” kataku sambil tersenyum lebar. Hatiku gembira dek kerana Khairul menegurku. Meskipun kami berdua macam gugup sebab dah lama tak berbual, tapi masing-masing buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Khaira, kau marahkah aku lagi?”tanya Khairul.

“Dulu marah. Sekarang tak. Kau kan kawan aku, takkan aku nak marah lagi pulak,” kataku sambil tergelak kecil.

“Khaira, kau masih cintakan aku?” tanya Khairul tiba-tiba. Terkejut aku mendengarnya.

“Kau rasa?”saja aku membiarkan dia berteka-teki. Aku memang masih cintakan kau lah, Khairul!

“Eleh, kau cintakan aku kan?Kalau tak, kau takkan carik muka aku kat sana kan?” kata Khairul sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah kelompok budak lelaki.Khairul tersengih lagi.

“Perasan,”jawabku pendek sambil tersenyum. Aku tahu, dia dapat baca perasaan aku.

“Janji dengan aku, kalau aku berjaya dapat straight A’s, kita akan jadi kawan macam dulu,”kata Khairul pula.

“Kawan? Kita ni memang bukan kawan ke?” tanyaku buat-buat tak faham.

“Okeyla, aku tukar janji.Kalau dapat straight A’s aku akan sayangkan kau seorang je. Aku cintakan kau seorang je. Aku akan terus ajar kau. Terus belanja kau di cafeteria,macam mana?”tanya Khairul lagi. Aku buat muka kononnya berfikir-fikir nak terima atau tidak janji Khairul tu, sedangkan dalam hati dah lama kata ya.

“Candidates, please enter the hall right now and take your sit,” arahan diberi oleh pengawas peperiksaan. Aku dan Khairul masih lagi berpandangan.

“Ya, aku terima janji kau,” kataku sambil aku dan Khairul melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Khairul tersenyum yakin. Dia pasti dapat menunaikan janji dia. Berusahalah Khairul! Kataku dalam hati.

**************************

Khairul menunduk lemah. Dia hanya berjaya memperoleh keputusan AAAB dalam A Levelnya. Nampaknya, dia tidak dapat menunaikan janjinya.

Aku menghampiri Khairul. Wajahnya kelihatan sangat kecewa. Sedangkan sebenarnya results nya itu antara yang terbaik kalau dibandingkan dengan pelajar lain. Aku pun sekadar berjaya memperoleh AAB.

“Assalamualaikum encik Khairul,” ucapku sambil tersenyum lebar.

“Waalaikumsalam,” jawab Khairul sambil membalas senyumanku.

“Khaira, aku tak dapat straight A’s ”sambung Khairul lagi.

“So?”jawabku pendek.

“Takkan kau tak ingat janji kita depan dewan dulu,”ujar Khairul mengingatkan aku.

“Aku ingat la. Kau ni apa lah. Apa kau ingat kisah cinta kita macam dalam novel ke, drama ke, nak berjanji-janji. Aku saja je layan janji kau tu.Kita ni hidup dalam dunia nyata. Habis tu, kalau kau tak dapat tunaikan janji kau, siapa nak ajar aku kan,” balasku pula sambil tersenyum lagi. Khairul tersenyum lega.

“Oh macam tu ke? Kau ni kelakarlah bila sebut pasal kisah cinta kita. Hmm..sebab tu la aku suka kau. Kau ni sempoi. Hidup dalam realiti bukan dalam awangan macam aku. Haha.,” kata Khairul tersengih. Mamat ni memang suka tersengih. Sebab tu jugak la aku jatuh hati kat kau, Khairul.

“ Kau ni smart jugak aku tengok,” aku memuji Khairul tiba-tiba. Tak pernah aku puji dia. Apa salahnya aku puji dia hari ini.

“Ala, kau ni puji aku sebab nak aku puji kau kan? Okey-okey. Hello everybody, I would like to let you guys know that Khaira binti Nazrin is the the most beautiful girl I ever met,”lantang Khairul berkata-kata dan itu menarik minat pelajar-pelajar berhampiran kami mendengar pujian Khairul terhadap aku. Mereka memandang aku. Masing-masing memberi tepukan gemuruh.

Aku jadi malu gila. Segera aku berlari-lari anak dari situ. Khairul mengejar aku.

“Hei, tunggu,” Khairul terus mengejar aku.

Begitulah akhirnya kisah hari itu. Sejak hari itu, hubungan kami semakin mesra. Kebetulan, kami mendapat tempat di University of Leicester, UK. Panjang lagi jodoh aku dengan Khairul. Aku tersenyum gembira yang amat. Terima kasih Khairul, sebab cintakan aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

jangan kau lepaskan

Huh! Bosannya aku menapak seorang diri untuk pulang ke kolej kediamanku. Kalau ada Ayu, boleh juga nak berborak,nak bergosip. Tapi sebaik sahaja tamat kuliah, abang angkat Ayu sudah menunggunya untuk keluar makan tengah hari. Ayu ada mengajak aku, tetapi segan pula aku nak kacau pasangan yang sedang hangat bercinta. Abang angkat Ayu ini pun satu, hari itu pula dia nak dating dengan adik angkat dia.

Cakap pasal abang angkat, tiba-tiba aku teringat kepada seorang abang senior di sini. Suka sangat dia membuli aku semasa minggu orientasi dua minggu yang lalu. Mentang-mentang aku budak baru, suka-suka je nak kenakan aku. Dek kerana itu, aku jadi populare di kalangan pelajar baru. Apa taknya, setiap aktiviti yang dijalankan pleh seniors, pasti abang senior itu memilih aku untuk mengambil bahagian.

Aku memang bengang betul dengan abang senior itu dan bila tiba satu permainanwaktu akhir minggu orientasi, aku nekad untuk membalas dendam. Aku tergelak seorang diri bila mengenangkan insiden aku membaling telur tepat pada mukanya. Habis wajah hensemnya dilumuri telur. Kesian abang…

Pin! Pin! Sebuah kereta MyVi putih berhenti di sebelahku. Cermin kereta diturungkan. Lalu aku menunduk sedikit melihat gerangan pemandunya.

“Abang Aliff?” kataku sebaik melihata abang senior yang aku fikirkan tadi. Aku terus menapak ke hadapan.

“Abang nak apa lagi? Tak puas-puas lagi nak buli saya?” kataku marah.

“Alin! Tunggu dulu. Abang nak belanja awak makan dekat luar sebagai tanda abang minta maaf dengan perlakuan abang dekat awak dulu,” kata abang Aliff merayu pada aku. Aku mendengus perlahan. Nak terima atau tidak? Argh! Aku kena berkeras.

“Tak payah! Saya dah maafkan,” kataku ringkas.


“Alin, please! Abang akan rasa bersalah kalau tak dapat belanja amak makan. Please!” rayu abang Aliff lagi. Aduh, kenapa lah hati wanita ini lembut sangat nak menerima ajakan abang Aliff? Lalu aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya dengan wajah serius. Abang Aliff tersenyum lebar lalu memulakan perjalanan.

“Awak budak sains hayat ke?” tanya abang Aliff memulakan perbualan.

“Ha’ah,”jawabku pendek.

“Duduk kat kolej 12?” tanya abang Aliff lagi.

“Ha’ah,”kataku lagi.

“Alin ni, jawab pendek-pendek je. Tak best la macam ni,”ujar abang Aliff.

“Habis tu nak jawab macam mana? Jawapan pada soalan abang tu memang kena pendek pun,”kataku dengan tegas.

“Alin taknak pun tanya abang ni budak course apa? Tinggal dekat mana? Umur berapa?” kata abang Aliff dalam nada merajuk.

“Okeylah. Saya tanya ya. Tanya panjang-panjang. Abang course apa? Student tahun berapa? Umur berapa?” tanyaku tak ikhlas.

“Haa.. macam itu lah. Abang budak engine. Last year student. Umur baru je 23. muda lagi,” kata abang Aliff sambil tersengih-sengih.

“So?” kataku.

“So, abang taklah tua sangat nak kawan dengan budak 18 tahun kan,” kata abang Aliff pula. Aku senyap. Abang Aliff pun kelihatan ketandusan idea unuk bersembang dek keranan sifat pendiamku yang datang tiba-tiba.

Beberapa minit kemudoan,kami pun sampai ke Restoren Syed yang terletak di Bangsar. Setelah pelayang restoren mengambil pesanan makanan, aku menghalakan pandangan ke luar restoren. Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan abang Aliff .

“Alin nak tahu kenapa abang selalu suruh awak waktu orientasi?” tanya abang Aliff.

“Kenapa?” tanyaku semula.

“Abang suka tengok cara awak, reaksi awak. Kelakar gila abang rasa,”jawab abang Aliff lalu tergelak kecil.

“Oh, suka lah tengok saya macam tu. Ingat saya suka?” kataku sedikit marah.

“Abang rasa suka sebab abang suka awak kot. Alin kenalah bangga. Juniors lain beriya-iya suruh abang pilih dia orang waktu orientasi. Tapi, abang pilih awak juga,” ujar abang Aliff lagi.

“Kenapa nak rasa bangga pulak?” tanyaku lurus bendul.

“Alin ni. Abang ni famous, lepas tu kacak pulak. Kalu awak nak tahu, kawan-kawan abang panggil abang ni Gambit UM tau!”kata abang Aliff lagi.

“Ye ke?”tanyaku lagi. Perasan betul mamat seorang ini.

“Itulah Alin. Tak sudi nak tengok muka abang ni. Awak lebih rela tengok kereta-kereta buruk kat jalan tu,”kata abang Aliff.

“Seganlah,”kataku ringkas.

“Kenapa nak segan pulak? Sekarang ni, abang bagi green light untuk Alin,”kata abang Aliff lagi. Lalu aku menghadap muka abang Aliff. Matanya penuh misteri. Hidungnya mancung. Bibirnya merah petanda tidak merokok. Kulit wajahnya bersih, barangkali lebih bersih dari aku. Aku terpaku seketika.

“Alin! Alin! Alin!”panggil abang Aliff sambil tangannya melambai-lambai di hadapan aku. Aku lihat ke atas meja. Makanan dan minuman sudah terhidang. Ya Allah! Malunya aku. Macam mana aku boleh langsung tak sedar yang aku merenung abang Aliff terlalu lama. Aku segera menjamah makananku menghilangkan gugup di hati.

***

Seperti hari-hari yang lalu, waktu malam pasti aku peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran. Ayu,rakan sebilikki faham benar dengan tabiat aku. Masuk jam 10.30 malam, barulah dia berani mengajak aku berbual.

"Alin,sekejap je kan masa berlalu. Hari ni aku rase dah sebulan kita duduk dalam UM. So, amacam, dah junpe kekasih hati?"ujar Ayu sambil tersenyum manja.

"Kekasih hati? Kau ingat kita ni dalam akademi mencari cinta ke?"kataku pula.

"Memanglah bukan akademi mencari cinta. Tapi kat sini kita kan jumpa dengan ramai orang. Takkan takde satu pun yang sangkut,"balas Ayu.

"Entahlah Ayu. Siapalah aku ni? Hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Siapa lah nak sangkut dengan kawan kau ni," kataku merendah diri.

"Nak merendah diri pulak. Habis tu yang abang senior yang call kau tiap-tiap malam tu siapa?" tanya Ayu lalu mencubit lenganku. Sakit.

"Oh,tu abang Aliff,"jawabku pendek.

"Itu aku tahulah abanga Aliff. Tapi siapa dia pada kau? Abang angkat ke, boyfriend ke, apa ke?"tanya Ayu lagi.

"Aku dengan dia kawan je lah. Bukan macam orang tu,kata abang angkat, rupanya boyfriend. Uwekkk," ujarku menyindir Ayu. Wajah Ayu berubah masam.

"Sampai hati kau Alin perli aku. Aku merajuk. Baik kau pujuk aku sekarang,"ujar Ayu dalam nada sedih dibuat-buat. Aku bangun dari kerusiku lalu menghampiri Ayu di katilnya.

"Alalala..Buruk tau muka awak tu kalau merajuk. meh sini akak pujuk,"kataku bergurau sambil mengusap rambut Ayu.

"Taknaklah macam ni. Merajuk aku akan hilang kalau esok malam kau teman aku perg tengok konsert. Dia orang kata Gambit UM nak menyanyi esok. Jomlah Alin. Aku teringin sangat nak jumpa dia,"kata Ayu merayu-rayu padaku. Sejenak aku berfikir. Gambit Um? itukan abang Aliff. tak mahulah jumpa dia.

"Malas lah aku. Itu klon Gambit je,"ujarku selamba.

"Alin,jomlah,"

"Taknak!"

"Jomlah,"

"Taknak!"

"Jom,"

"Tak.."telefonku tiba-tiba berdering. Siapa lagi yang akan menghubungi aku pada waktu-waktu begini kalau bukan abang Aliff.

"Hello Alin!"

"Hello,"

"Alin,esok malam jangan lupa datang untuk konsert abang tu tau,"

"Saya tak minat konsert,"

"Alin, abang dah practise sungguh-sungguh tau semata-mata untuk awak. Kalau Alin tak datang, abang nak buat show pun takde semangat. Datang tau!"

"Ya lah,"

Perbualan tamat di situ. Dia terpaksa pergi.

"good news for you," kataku kepada Ayu.

"kau pergi konsert tu jugak kan?Yes!"kata Ayu penuh gembira. Aku tersenyum tawar. Hatiku tiba-tiba rasa berdebar.

***

Dataran Perdana Siswa dibanjiri dengan mahasiswa dan mahasiswinya. Ada yang datang bersama rakan, tak kurang juga datang bersama teman. Aku duduk di ruang paling depan dek kerana Ayu yang sibuk-sibuk nak melihat Gambit UM dengan jelas.

"Seterusnya, kumpulan yang akan membuat persembahan ialah, Gambit and the Gang!" kata pengantara konsert mini itu. Riak wajah Ayu jelas menunjukkan dia begitu teruja sedangkan aku rasa tak begitu selesa.

"Assalamualaikum semua!"jerit abang Aliff selaku vokalis bandnya. Aku naik hairan melihat pelajar yang kebanyakannya perempuan menjerit-jerit nama Gambit. Macam orang kena rasuk.

"Trimas untuk semua yang sudi hadir untuk mini concert kami. Okey,saya taknak buang masa. Kami akan meneyanyikan lagu dari kumpulan ALEXA berjudul Jangan Kau Lepaskan. Dan lagu ini saya nak tujukan khas kepada seseorang yang bermakna dalam hidup saya,"kata abang Aliff lalu menuju ke arahku. Abang Aliff menyuruhku berdiri.

"dan insan itu ialah saudari Alin binti Ammar,"sambung abang Aliff. Aku terkesima. Adakah aku sekarang berada di alam nyata atau fantasi? Mahasiswa dan mahasiswi kecoh bertepuk tangan sedangkan aku kaku begitu sahaja.

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Suara abang Aliff sememangnya sedap didengar. Tepukan gemuruh berkumandang. Rasa feeling habis apabila lagu itu ditujukan untuk aku. Benarkah aku bermakna untuk abang Aliff?

Sebaik tamat Konsert itu, abang Aliff datang menemui aku yang ditemani Ayu.

"Alin,terima kasih sangat-sangat sebab datang. Rasa enjoy sangat bila tengok Alin tadi," kata abang Aliff sambil tersenyum. Ayu kelihatan terkejut.

"Abang Gambit ni ke abang Aliff yang call Alin tiap-tiap hari tu?"tanya Ayu kepada abang Aliff. Aku tersengih.

"Yup, Alin tak cerita ya? Baguslah sebab Alin ni tak riak ade boyfriend hensem,"kata abang Aliff membangga diri. Aku menarik muka dengan kenyataan abang Aliff.

"Okeylah, saya dah datang,so saya balik dulu lah,"kata aku mengundur diri.

"Alin,ini untuk Alin. Awak pakailah benda ni bila awak bersedia nak jadi teman saya sampai bila-bila,"kata abang Aliff sambil menghulurkan sebuah kotak kecil berbalut merah. Alamak! Romantik pula abang Aliff malam ini. Aku sekadar mengangguk lalu mengajak Ayu beredar.Ayu beriya-iya meminta aku membuka hadia h itu. Lalu aku membukanya. Cincin?

***

Usia hubungan persahabatan aku dengan Abang Aliff sudah menjangkau 5 bulan. Aku seronok dapat mengenali abang Aliff. Kalau dulu,aku rasa menyampah dengan abang Aliff,kini tidak lagi. Sikapnya yang matang membuat aku rasa selesa. Setakat ini, aku belum pernah perang besar dengan abang Aliff. Mengingatkan kenangan bersama abang Aliff,aku tersenyum seorang diri.

"Eh! Ni apsal senyum sorang-sorang ni?" tegur abang aliff yang duduk di sebelahku di sebuah gazebo menghadap tasik UM.Kami berehat seketika setelah penat berjogging satu kampus.

"Saja-saja. Abang nak tahu tak? Saya kan tak pernah terfikir yang sekarang saya ada seorang sahabat karib lelaki,"kataku ikhlas.

"Really? Awak tak pernah bercinta ke zaman sekolah?"tanya abang Aliff.

"Never. Saya tak minat nak involve dalam bidang macam tu. Memerlukan komitmen dan saya rasa bukan masa nya lagi. Abang pulak macam mana? Mesti ramai girlfriend," tanyaku ingin tahu.

"Wah, bagusnya Alin punya prinsip. Abang macam tu jugak. Ramai yang mengorat abang,but at last abang pilih orang yang tak suka abang. Awak kan tak suka abang kan,"kata abang Aliff.

"Kenapa saya ya?"tanyaku lagi.

"Abang takde jawapan untuk soalan Alin. Ianya macam semulajadi. Orang kata macam love at first sight lah. Alin takde rasa macam tu?"tanya abang Aliff pula. Aku menarik nafas sedalamnya.

"Saya memang suka dekat abang Aliff. Tapi saya tak pasti sama ada saya just suka ataupun cinta,"balas ku pula.

"Abang faham situasi Alin. TApi kan, Alin tak rasa ke keadaan kita ni macam orang bercinta?"pertanyaan abang Aliff membuatkan aku menelan air liur. Aku tidak menafikannya. Aku sendiri keliru dengan status hubunganku dengan abang Aliff yang umpama teman tapi mesra.

"Abang, saya kadang-kadang takut nak jadi teman abang,"kataku dalam nada perlahan. Aku berdiri. Membuang pandangan ke arah tasik yang menghijau airnya.

"Takut? Kenapa?"tanya abang Aliff.

"Saya rasa macam tak sesuai je dengan abang. Abang kan famous, hensem, Gambit UM la katakan. Saya pulak budak perempuan biasa-biasa je,"kataku merendah diri. Abang Aliff berdiri di hadapanku dan matanya tepat memandang aku.

"Alin,bagi abang luaran tu tak penting. Abang tengok awak dah cukup sempurna. So, Alin jangan merendah diri,"kata-kata abang Aliff mengubat jiwa aku.

"Tapi, tahun depan abang dah start kerja. Waktu tu nanti mesti jumpa dengan orang lain. Saya pulak kena belajar bertahun-tahun pulak tu,"kataku lagi meluahkan kegusaran di hati.

"Alin,sejak abang mula-mula masuk UM,memang abang berniat nak cari teman bila abang dah belajar sampai tahun akhir.Memang target junior je la. Akhirnya,niat abang tu tercapai jugak. Sebab abang nak,bila teman abang tu dah habis belajar,dia tak payah susah payah nak kahwin. Abang nak kerja kuat,nak kumpul aset,beli rumah,beli kereta,so nanti teman abang tu cuci kaki je masuk rumah,"ujar abang Aliff panjang lebar. Aku tersenyum puas mendengar penjelasan abang Aliff.

"Tapi, abang boleh jamin lah tak cari siap-siapa kalau Alin kahwin dengan abang sekarang,"sambung abang aliff sambil tersengih nakal.

"Taknaklah! Orang lain pergi kelas bawak buku, saya pergi kuliah bawak perut. No way,"kataku pura-pura marah. Abang Aliff tergelak terbahak-bahak.

"Alin ni kelakarlah! abang rasa the main reason abang suka kat awak sebab awak ni penuh dengan sense of humour lah. Jarang tau peempuan kat luar sana tu buat lawak dengan boyfriend dia orang,"kata abang Aliff dalam gelaknya yang masih bersisa.

"Hish abang ni. Suka sangat dia,"kataku pula.

"Okey, Abang serius balik. Bila agaknya abang dapat tengok awak pakai hadiah abang tu?"tanya abang Aliff penuh mengharap.

"Kenapa? Dah tak boleh tunggu dah ke?"kataku lalu tergelak kecil.

"Taklah. Takut tak sempat nak tengok awak pakai. Minggu depan abang ade match hoki. Nanti datang tau,"ujar abang Aliff lembut. Aku mengangguk. Tiba-tiba hatiku rasa tak sedap dengan kata-kata abang Aliff.

***

Aku meluru masuk ke dalam wad dan mencari-cari katil abang Aliff. Itu pun dia. Abang Asyraff,rakan baik abang Aliff pun ada di situ.

"Abang Asyraff, doktor kata apa pasal abang Aliff?"kataku sayu.

"Alin banyak bersabar ya. Tadi doktor bagitahu abang yang abang Aliff mungkin koma seminggu, sebulan, setahun, ataupun selama-lamanya,"ujar abang Asyraff dengan tenang. Tika itu air mataku berjujuran menuruni pipi. Perasaan sedih yang amat menyelubungi jiwa aku.

Aku khuatir kalau-kalau aku tak akan dapat bertemu dengan abang Aliff lagi."Takut tak sempat abang nak tengok,". Ayat abang Aliff tempoh hari bermain-main di benakku. Adakah ini maksudnya? Tidak! Abag Aliff pasti akan sedar!

"Bangunlah abang Aliff. Hari tu abang kata nak tengok saya pakai cincin yang abang bagi. Saya dah pakai. Bangunlah," kataku sambil mengoncang-goncang tangan abang Aliff.Namun abang Aliff masih terbaring kaku.

"Alin,sama-samalah kita berdoa agar abang Aliff cepat sedar. Alin jangan lah sedih-sedih macam ni. Kalau Alin sedih, abang Aliff pun sedih. Jom abang hanatar Alin balik kolej,"ujar abang Asyraff memujukku.

"Alin sayang kat abang,"ucapku perlahan.Sejurus itu,aku mengekori langkah abang Asyraff.

***

Dua minggu sudah abang Aliff terlantar di wad. Setiap kali selepas tamat kuliah,aku pasti datang melawatnya dengan harapan abang Aliff sudah terjaga dari komanya. Entah kenapa,lain macam perasaan aku hari ini.

Sebaik sampai di ruang legar hospital,aku ternampak abang Asyraff lalu segera berlari anak ke arahnya.

"Abang Asyraff! Abang Aliff dah sedar ke?"tanyaku penuh mengharap. Abang Asyraff terdiam lama. Wajah sugul abang Asyraff buat aku jadi tak keruan. Cakaplah!

"Alin, abang Aliff..."

"Kenapa dengan abang Aliff?"teriak aku.

"Dia dah takde, Alin. Dia dah takde. Baru tadi jenazah dia dihantar balik ke Johor,"ujar abang Asyraff perlahan. Aku terkedu mendengar jawapan abang Asyraff. Lemah longlai aku sehingga terduduk di atas lantai. Aku sedih. Aku terkilan. Inikah jawapan yang harus ku dengar?

Abang Asyraff memapah aku yang umpama seperti orang lumpuh yang kurang upaya ke keretanya.

"Abang Asyraff, kenapa waktu saya dah mula sayangkan dia,kenapa dia pergi tinggalkan saya? Kenapa?" kataku tersedu-sedan. Terasa dunia tidak adil untukku. Abang Asyraff menjadi pendengar setia setia luahan perasaanku.

Aku tahu, aku harus kuat menerima takdir ini. Aku harus tabah dan aku redha dengan pemergian abang Aliff.

***

Pejam celik, pejam celik, 6 bulan sudah abang Aliff meninggalkan aku. Aku masih setia mencintai dan menunggu abang Aliff. Umpama orang gila, Ayu sifatkan aku seperti orang yang tidak dapat menerima hakikat. Ayu,kau tak menegrti diri aku. Bukan mudah untuk melupakan insan yang pertama bertakhta di hati ini.

Kalau abang Aliff masih ada,pasti hari ini abang Aliff akan memakai jubah graduasi sempena hari konvokesyennya. Tapi abang Aliff sudah tiada.

Diikutkan hati yang sedih,aku tak mahu menjejakkan kaki di Dewan Canseleri pada hari itu. Tapi atas arahan Presiden kelab,aku ditugaskan menjaga gerai cenderamata bersebelahan dewan gah itu.

"Assalamualaikum Alin,"ucap satu suara yang begitu dekat di telingaku dari arah belakang.Lalu aku segera menoleh.

"Abang Aliff!"jeritku perlahan. Bermimpikah aku melihat abang Aliff yang berdiri dihadapanku lengkap berjubah graduasi? Ternganga seketika aku dibuatnya.

"Alin,abang masih hidup,"ujar abang Aliff.

"Tapi,kenapa abang asyraff cakap abang dah takde?"tanyaku pelik.Aku pasti itu bukan lah roh jelmaannya. Memang itu abang Aliff yang sebenar.

"Alin,Alin. Abang buat macam tu sebab nak tengok sejauh mana awak sayang kat abang. Tak sangka, Alin sayang sangat-sangat lah kat abang ni.Actually waktu match tu,abang tercedera sikit je. Lepas tu,abang pura-pura koma. Rasa seronok pula dengar hari-hari awak cakap sayang kat abang. Abang rindu pulak nak dengar," ujar abang Aliff tersenyum padaku.

"Jahatnya abang ni. Dari dulu samapi sekarang suka nak kenakan saya. Tak sukalah macam ni!"kataku geram.

"Tak suka pun, Alin still pakai kan cincin abang tu,"kata abang Aliff sambil menjeling ke arah cincin yang masih tersemat di jariku. Aku tersenyum malu.

Ya,aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Kematian olok-olok' abang Aliff mengajar aku menjadi insan yang lebih sabar,lebih tabah dan lebih penyanyang dalam mengharungi takdir hidup.Moga hubungan aku dengan abang Aliff sentiasa berada dalam kedamaian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kalimah-kalimah cinta

Tuk!tuk!tuk! Umar Mujahid mengetuk pintu rumah Husin Bukhari. Salam sebanyak tiga kali telah diberi,tapi tidak berjawab. Barangkali Husin Bukhari tiada di rumah, getus hati Umar Mujahid. Lalu Umar Mujahid berundur diri dari rumah kecil itu. Sebaik sahaja Umar Mujahid menoleh ke belakang, muncul Ummi Maisarah bersama seorang gadis.
“Assalamualaikum,” Umar Mujahid memberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab Ummi Maisarah.
“Saudari Ummi, ana ada pesanan untuk disampaikan kepada suami ante. InsyaAllah, ana dan beberapa sahabat lain ingin mengadakan qiamulail. Oleh itu, ana berbesar hati untuk mengajak Husin Bukhari menyertai kami,” kata Umar Mujahid dengan tertib.
“InsyaAllah. Ana akan menyampaikan pesanan anta. Suami ana ke pekan untuk membeli sedikit juadah untuk tetamu istimewa. Oh, lupa pula ana untuk memperkenalkan adik angkat ana. Ini Aisya Humairah. Aisya masih baru di Kota Iskandariah ini. Oleh itu,ana mengambil Aisya sebagai adik angkat ana untuk membimbingnya,” terang Ummi Maisarah. Dari tadi, Aisya Humairah sekadar menundukkan mukanya. Segan untuk membalas pandangan Umar Mujahid. Entah kenapa, suatu perasaan istimewa muncul di dalam sanubari Umar Mujahid tatkala menatap wajah Aiya Humairah.
“Ana berundur diri. Sampaikan salam ana kepada Husin Bukhari,” kata Umar Mujahid. Ummi Maisarah sekadar mengangguk.
Sepanjang perjalanan pulang dari rumah Husin Bukhari, Umar Mujahid tidah henti-henti memikirkan tentang gadis yang ditemui tadi. Umar Mujahid merasakan dia sudah jatuh cinta dengan Aisya Humairah pada pandangan pertama. Meskipun pernah berhadapan dengan wanita lain yang lebih rupawan, Umar Mujahid tidak pun merasa sekelumit perasaan terhadap mereka.
Hati umar berbisik, adakah ini petanda Aisya Humairah untuknya?

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya Humairah itu gadis yang baik. Kalau anta ingin mendekatinya, gunalah cara yang berhemah. Jangan mempermainkan jiwanya dengan kalimah-kalimah cinta yang anta sendiri tidak pasti. Dan paling utama, jagalah batas-batas pergaulan anta dengan Aisya dan elakkanlah fitnah,”terngiang kata-kata Husin Bukhari di telinga Umar Mujahid. Umar benar-benar ingin mendekati Aisya Humairah. Dan kerana itu, Umar Mujahid setia berdiri di luar kelas Aisya Humairah untuk bersua dengan wanita istimewa itu.
Selang beberapa minit, kelas Aisya Humairah pun tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Umar Mujahid tercari-cari Aisya Humairah.
“Assalamualaikum Aisya Humairah,” ucap Umar Mujahid setelah menemuinya.
“Waalaikumsalam,”balas Aisya Humairah ditemani sahabatnya, Khadija.
“Semalam ana lupa untuk memperkenalkan diri ana. Nama ana Umar Mujahid. Aisya boleh panggil ana Umar sahaja,”kata Umar Mujahid sedikit gugup. Aisya Humairah sekadar tersenyum.
“sebenarnya, Aisya sudah mengetahui nama Umar dari kak Ummi Maisarah,”balas Aisya Humairah.
“Oh begitu, nampaknya Umar lah yang ketinggalan zaman. Boleh Umar tanya Aisya satu soalan?” kata Umar Mujahid segan.
“Sudah tentu boleh. Kalau Aisya tahu jawapannya, insyaAllah Aisya akan menjawabnya soalan Umar,” kata Aisya pula.
“Err..er..bolehkah Umar bersahabat dengan Aisya ?”ujar umar mujahid takut-takut. Umar Mujahid sendiri pelik dengan dirinya. Selama dia tinggal di bumi ciptaan Allah, tidak pernah dia meminta keizinan untuk berkawan dengan oranag. Ternyata, Aisya Humairah sangat bererti bagi Umar Mujahid.
Aisya Humairah mendiamkan diri. Lidahnya tersa kelu untuk memberi jawapannya. Lalu Khadija menyampuk,
“saudara Umar Mujahid, ingatkan anta tentang kata-kata orang tua,diam tandanya setuju,”

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pap! Umar menutup buku yang sedang khusyuk ditelaah Aisya Humairah. Aisya Humairah merenung tajam pada Umar Mujahid.
“Kenapa Umar menutup buku Aisya tanpa keizinan Aisya?”kata Aisya Humairah dengan intonasi serius.
“Umar menutup buku Aisya bukan kerana saja-saja. Tapi bersebab,” terang Umar Mujahid dengan tenang sambil diperhatikan Khadija yang duduk bersebelahan dengan Aisya Humairah.
“Apakah sebabnya Umar yang Aisya sangat hormati?” tanya Aisya Humairah lagi.
“Sebabnya Aisya sudah membaca buku ini lebih dari sejam. Ini tidak elok untuk otak kita Aisya. Otak kita juga perlukan rehat sebagaimana badan kita perlukan rehat selepas sejam berjogging. Sekiranya Aisya terus membaca tanpa rehat, otak Aisya akan keletihan dan seterusnya tidak dapat memproses apa yang Aisya telah baca. Aisya mengerti?”terang Umar Mujahid panjang lebar. Aisya terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Umar Mujahid. Lalu dia mengangguk.
“Kalau begitu,aktiviti apa yang sesuai Aisya lakukan untuk merehatkan minda?” tanya Aisya Humairah ingin tahu.
“Berbual-bual kosong?”kata Umar Mujahid.
“Berbual-bual kosong? Itukan membazir masa. Aisya lebih suka memperkatakan sesuatu yang lebih berisi seprti bercerita tentang prinsip hidup. Umar ada idea?”kata Aisya Humairah pula.
“Oh begitu. Cinta. Apa yang Aisya faham mengenai perkataan yang ada lima abjad itu?”tanya Umar Mujahid sambil tergelak kecil.
“Cinta? Bagi Aisya, cinta itu luas maknanya. Secara umum yang Aisya faham, cinta itu bermakna sayang,taat, setia, menghormati, menjaga dan banyak lagi. Cinta yang abadi adalah kepada Allah. Cinta itulah yang seharusnya kita dahului berbanding cinta kepada manusia. Tapi, manusia sering kali leka, terus hanyut dalam buaian cinta manusia yang menjauhkan diri daripada cinta Allah,’ jawab Aisya dalam nada penuh keikhlasan. Umar Mujahid kagum dengan pendapat Aisya Humairah yang bernas.
“Aisya pernah bercinta?”tanya Umar Mujahid lagi.
“Tidak pernah sekali. Kerana Aisya takut tercicir daripada cinta Allah. Aisya rasa bercinta ini semacam perkara yang tidak pasti akhirnya. Sama ada berpisah atau bernikah,”kata Aisya Humairah lagi.Umar Mujahid tersenyum bersahaja.
“Umar juga tidak pernah tetapi amat teringin untuk merasainya. Berbalik kepada Aisya tadi, bermakna kalau Aisya takut, bermakna sampai bila-bila pun Aisya tidak akan merasai kehidupan berkeluarga,”kata Umar Mujahid menduga Aisya Humairah. Aisya terdiam seketika sementara mindanya ligat untuk menyusun kata-kata menentang andaian Umar Mujahid.
“Bukan begitu Umar. Aisya hanya takut untuk bercinta sahaja. Tidak bercinta bukan bererti tidak berkahwin, Umar. Aisya mencari seseorang yang boleh membimbing dan melindungi, bukan mencari seseorang untuk dicintai tanpa arah tuju. Dan lebih afdhal sekiranya cinta Aisya dipupuk selepas ikatan yang sah. Bukankah itu yang digalakkan dalam islam, Umar?”ujar Aisya menerangkan prinsip hidupnya.
“Bolehkah Umar menjadi seseorang untuk membimbing dan melindungi Aisya?’tanya umar dengan penuh keberanian. Aisya Humairah tergamam mendengar permintaan Umar Mujahid. Apakah jawapan yang harus diberikan? Dia kini diuji dengan prinsip hidupnya sendiri. Bermacam soalan menerpa benaknya. Ikhlaskan Umar? Jujurkah Umar? Adakah Umar tulus mencintainya? Adakah Umar akan melindunginya?
“Umar, nampaknya waktu asar nak masuk. Jadi lebih baik, ana dan Aisya pulang dulu,”kata-kata Khadija menyelamatkan Aisya Humairah daripada menjawab soalan Umar Mujahid. Sinar ketenangan terpancar di wajah Aisya Humairah yang tadi pucat lesi. Dalam hati, dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menggerakkan hati Khadija untuk mengajaknya pulang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya, Umar Mujahid itu benar-benar ikhlas mencintai dan ingin melindungi ante di sini. Ana mengenali Umar Mujahid sejak ana kecil lagi. Janganlah ante ragu-ragu keikhlasan Umar Mujahid terhadap ante,”kata-kata Husin Bukhari ketika Aisya Humairah bertemu dengan pasangan suami isteri itu bermain-main di minda Aisya. Perlukah dia menerima lamaran Umar Mujahid? Bagi Aisya Humairah, rasanya terlalu muda baginya melayari bahtera perkahwinan yang menuntut komitmen yang tinggi. Bersediakah dia menerima tanggungjawab sebagai isteri yang solehah?
“Aisya Humairah,apakah yang ante sedang fikirkan? Seperti ada sesuatu yang tidak kena,” kata Khadija melihatkan wajah aisya Humairah seprti ada sesuatu yang mengusik mindanya.
“tidak ada apa-apa. Ana Cuma teringatkan keluarga ana sahaja. Eh tadi ante kate ingin membeli barang di kedai runcit Abdullah,” kata Aisya Humairah cuba melindungi perasaan sebenarnya.
“Oh, lupa pula ana. Ante tunggu di sini saja. Biar ana seorang yang pergi,’ kata Khadija lalu melangkah menyeberangi jalan ke kedai runcit Abdullah. Aisya Humairah sekadar mengangguk. Pelik juga. Selalunya, Khadija pasti akan memintanya menemani dia ke kedai itu.
Tiba-tiba tangan Aisya Humairah direntap oleh seorang lelaki bertubuh besar dan tegap berbangsa Arab lalu menyeretnya ke sebuah lorong. Aisya Humairah terkezut. Kejadian itu begitu pantas sehingga mulutnya kelu untuk menjerit meminta tolong. Lelaki gelap itu menghempaskan tubuh Aisya Humairah ke dinding bangunan. Aisya Humairah cemas. Ya Allah, selamatkanlah aku dari kecelakaan, doa Aisya Humairah di dalam hati.
Dengan tanpa belas kasihan, lelaki yang umpama dirasuk syaitan menarik dan menanggalkan tudung Aisya Humairah dengan kasar lalu menampakkan helaian rambutnya. Aisya Humairah menangis ketakutan. Dengan rakus, lelaki itu menyentap jubah Aisya bertujuan untuk mencabulnya.
“Aisya!” mendengar jeritan itu,lelaki tadi segera melarikan diri meninggalkan Aisya yang nyaris-nyaris diperkosa.Umar Mujahid segera berlari kea rah Aisya Humairah. Aisya yang tersedu-sedan menangis segera menyarungkan tudungnya. Mujur tudung labuhnya dapat menutupi bahagian yang baju yang terkoyak.
“Aisya! Aisya tak apa-apa?”tanya Umar Mujahid lembut yang risau dengan keadaan Aisya Humairah yang mengigil-gigil.
“Ai..sya.tak apa-apa..Umar, Ai..sya taa..kut!”ujar Aisya Humairah tersekat-sekat sambil air mata nya laju menuruni pipi.
Umar Mujahid memimpin Aisya Humairah yang seakan lumpuh tidak mampu berjalan,keluar dari lorong sunyi itu. Setibanya keluar dari lorong, muncul Khadija dengan wajah cemas.
“Aisya! Ante kenapa?”tanya Khadija risau dengan keadaan Aisya Humairah.
“Dia hampir dicabul Khadija. Eloklah sekiranya ante membawanya pulang untuk berehat,” kata Umat Mujahid bagi pihak Aisya Humairah yang tak mampu berkata-kata kerana begitu trauma. Lalu Khadija memimpin Aisya Humairah untk pulang ke rumah mereka.
Umar Mujahid berdiri kaku di situ. Geram benar dia dengan tingkah laku lelaki Arab tadi. Ingin sahaja dia memberikan tumbukan berbisa di mata lelaki itu. Tika itu, perasaan kasih umar terhadap Aisya semakin membuak-buak. Dia bertekad untuk melindungi Aisya Humairah dengan cara yang halal.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“ Apa? Ante akan berkahwin dengan Umar Mujahid?” ujar kahdija dengan berita yang disampaikan Aisya Humairah. Khadija seakan tidak percaya yang Aisya Humairah akan berkahwin tidak lama lagi. Ada riak tidak puas hati di wajah Khadija.
“Kenapa Khadija? Ante tidak percaya?” balas Aisya Humairah.
“Bukan begitu. Sudahkah ante bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Ibu muda mungkin? Kata Khadija untuk menduga Aisya Humairah.
“InsyaAllah. Ana akan vuba melaksanakan tanggungjawab ana sebaik mungkin. Dengan restu ibu bapa, ana percaya, Allah pasti memudahkan urusan seharian kami. Dan yang lebih penting, ana akan berasa lebih selamat di samping Umar Mujahid,” ujar Aisya Humairah dengan tenang. Kedatangan Umar Mujahid ketika kejadian yang hampir meragut kegadisannya menguatkan kasihnya pada lelaki itu.
Khadija menoleh ke belakang lalu mencebikkan bibirnya. Di dalam mindanya,ligat merancang sesuatu.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Umar, jemput masuk ke rumah ana,”ajak Khadija dengan senyuman lebar.
“ Tidak mengapa. Lebih elok ana berdiri di luar sahaja sementara menunggu kepulangan Aisya,”kata Umar Mujahid menolak ajakan Khadija dengan baik.
“Masuklah Umar,”pujuk Khadija lagi lalu menarik tangan Umar Mujahid masuk ke dalam rumah. Umar Mujahid naik hairan. Seharusnya sebagai seorang muslimah, Khadija tidak sepatutnya berkelakuan begitu.Khadija kemudian segera menutup dan mengunci pintu.
“Kenapa ante menutup pintu?”tanya Umar Mujahid yang bingung dengan tindak tanduk Khadija. Khadija tidak menjawab sebaliknya membuka tudungnya dan cuba menggoda Umar Mujahid. Umar Mujahid menepis tangan Khadija yang liar memegang wajahnya. Lalu dia keluar dari rumah itu.
“Astargfirullahhalazim..Umar dan Khadija. Apa yang kalian lakukan berdua-duaan dalam rumah ini?”kata seorang ustaz sebaik sahaja Umar Mujahid membuka pintu. Ketika itu, muncul juga Aisya Humairah. Matanya ingin menitiskan air mata,tapi ditahannya.
“Aisya! Aisya! Umar tak bersalah Aisya! Umar tak melakukan apa-apa dengan Khadija. Aisya! Aisya!”jeritan Umar Mujahid sayup-sayup kedengaran di telinga Aisya Humairah. Hati Aisya remuk dek peristiwa yang dilihatnya tadi. Umar Mujahid memain-mainkan kesetiaannya. Terus dia beredar dari situ membawa jiwa yang kecewa.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

“Aisya! Kau tak boleh menerima Umar sebagai suami kau! Dia itu kotor! Dia telah berzina dengan sahabat mu sendiri! Dia patut dihukum!”
“Aisya! Jangan dengar kata-kata dia! Kau sendiri tidak pasti sama ada benar atau tidak tuduhan terhadap Umar. Kebenaran pasti akan diketahui!”
Setiap kali bisikan jahat menerpa mindanya, pasti suara hatinya membela Umar. Benarkah Umar Mujahid tidak bersalah/ benarkah dia diperdaya?
Hari itu, segalanya bakal terjawab. Mahkamah. Khadija dan Umar berada di kandang masing-masing untuk dibicarakan.
“Umar Mujahid, apakah yang berlaku pada hari ante ditangkap basah oleh ustaz Akhil?”soal pendakwa raya.
“Pada hari tersebut, ana ke rumah Aisya untuk menyerahkan borang hal ehwal nikah. Ana menunggu di luar rumah sementara menunggu kepulangan Aisya Humairah. Selepas itu, Khadija mengajak ana untu masuk ke dalam rumah. Ana menolak dengan baik. Tapi Khadija tetap menarik tangan ana untuk masuk. Dia kemudian menarik ana masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Khadija cuba untuk menggoda ana. Untuk mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku,ana keluar dari rumah dan mendapati ustaz Akhil sudahpun berda di luar rumah.”kata Umar Mujahid degan tenang dan penuh berkeyakinan.
Soalan yang sama diajukan kepadakan Khadija. Ternyata Khadija bijak mereka-reka cerita, getus hati Umar Mujahid. Saat itu, Umar Mujahdi memohon kepada Allah,agar kebenaran menampakkan cahayanya bahawa dia tidak melakukan perkara terkutuk itu.
“Mahkamah memerintahkan supaya Umar Mujahid dan Khadija mempercepatkan pernikahan bagi mengelakkan zina dan fitnah berlaku. Ada apa-apa bantahn?” tanya tuan hakim. Suasana sepi menyelubungi atmosfera mahkamah.
Tiba-tiba seorang gadis berlari ke ruang hadapan mahkamah.
“Rasyiqah!’ terpacul nama itu dari mulut Umar Mujahid. Kanapa dengan Rasyiqah? Bisik hati kecilnya.
“Ada bantahan yang ana ingin nyatakan. Sebenarnya Umar Mujahid tidak bersalah. Ana dan khadija yang menjadi dalang selam ini,” kata Rasyiqah dengan tegas.
Air muka khadija yang tadi ceria berubah cuak sekelip mata. Apa yang Rasyiqah cuba lakukan?
“sila terangkan dengan lebih jelas saudari Rasyiqah,”kata tuan hakim pula.
“Maafkan ana Khadija. Ana sudah tidak sanggup untuk berdusta lagi. Ana tidak sampai hati untuk terus merahsiakan penganiayaan ana dan ante terhadap Umar dan Aisya.Aisya, sebenarnya ana yang mengupah lelak Arab tempoh hari untuk mencabul ante. Ana terpaksa mengikut arahan Khadija kerana takut Khadija akan menghebohkan kepada mahasiswi lain yang ana ini anak luar nikah. Ana malu. Oleh itu, ana hanya mengikut arahan KAhdija tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Maafkan ana Aisya! Hukumlah ana! Dan ana juga yang memanggil ustaz Akhil untuk menyerbu ke rumah Aisya untuk memerangkap Umar dan Khadija. Ana dan Khadija yang bersalah, tuan hakim!”kata Rasyiqah dengan penuh keikhlasan dalam setiap kata-katanya. Sesungguhnya dia begitu kesal dengan perbuatannya. Terasa dirinya terlalu hina. Dia terlalu malu untuk bergelar makhluk Allah bernama manusia.
Aisya Humairah tersentap mendengar keterangan Rasyiqah. Benarkah apa yang dikatakan Rasyiqah? Benarkah ini rancangan Khadija?
“Khadija, benarkah keterangan yang dinyatakan oelh saudari Rasyiqah?” tanya tuan hakim. Khadija menunduk. Menyelami jiwa sendiri mencari nilai kejujuran yang masih bersisa di hatinya. Air matanya gugur.
“Kata Rasyiqah benar,tuan hakim. Analah dalang semuanya. Ana cemburu dengan hubungan Aisya dan Umar. Ana mengupah orang untuk mencabul Aisya supaya Umar tidak menerima Aisya. Tetapi cinta Umar untuk Aisya terlalu utuh. Jadi ana sengaja ingin menghalang perkahwinan mereka dengan sengaja ditangkap khalwat agar Aisya membenci Umar dan supaya Umar menikahi ana. Maafkan ana Aisya! Maafkan ana Umar! Ana kejam…”jelas khadija tersekat-sekat dek sebak membuka pekung di dada.
Umar Mujahid memanjat kesyukuran kepada Illahi. Kebenaran terbukti jua. Cuma hatinya sedikit kesal dengan perbuatan Khadija dan Rasyiqah. Tegarnya mereka menyakiti belahan jiwanya..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Di luar mahkamah, Umar Mujahid mencari-cari Aisya Humairah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Aisya!” panggil Umar Mujahid sebaik menemui kelibat Aisya Humairah. Aisya berada di samping Ummi Maisarah.
“Aisya, Umar tidak bersalah. Aisya percayakan?” kata Umar Mujahid bersungguh-sungguh.
“Asiya percaya, Umar. Maafkan Aisya kerana ragu-ragu terhadap kejujuran Umar,”ujar Aisya Humairah pula.
“Aisya tak perlu meminta maaf. Aisya tidak bersalah. Seharusnya Umar yang patut lebih berhati-hati. Syukur kerna segala kekusutan akhirnya terlerai. Umar pasti, di sebalik semua in, pasti ada hikmah yang besar untuk kita semua.”kata Umar Mujahid yang tersenyum lega.
“Alhamdulillah.. Aisya juga begitu Umar. Dan hikmah yang paling Aisya dapat lihat, Umar seorang insan yang baik,”kata Aisya Humairah. Umar Mujahid tersenyum lagi. Ya Allah! Berilah kami jalan untuk mengecapi kebahagiaan! Doa Umar Mujahid di dalam hati.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Umar Mujahid mengucup lembut dahi Aisya Humairah. Perasaan tenang meneyelubungi ruang jiwa Aisya. Terlalu sukar untuk mengungkapkan perasaan gembiranya setelah dinikahi insan bernama Umar Mujahid.
“Umar, terima kasih kerana menjadikan Aisya sebagai isteri Umar. Bantulah Aisya untuk menjalankan kewajipan Aisya sebagai isteri solehah. Cintailah kelebihan dan kekurangan Aisya dan jangan sia-siakan Aisya dalam kehidupan Umar,”ucap Aisya Humairah lembut seumpama satu amanat darinya untuk Umar Mujahid.
“Umar tidak akan sesekali mensia-siakan Aisya. Umar adalah suami Aisya. Sebagai suami, Umar akan sentiasa melindngi dan membimbing Aisya,” ujar Umar Mujahid lalu menggenggam erat jari-jemari Aisya untuk memberi kekuatan kepada Aisya Humairah.
Umar Mujahid mengucup kepala Aisya dengan penuh kasih sayang sebelum mimbisikkan di telinga Aisya,
“semoga cinta Umar dan Aisya sentiasa mendorong kita kepada cinta-Nya yang kekal selamanya…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

antara malaysia&australia

Petang yang mendamaikan..sebaik sahaja tamat kuliah,aku bercadang untuk bersiar-siar di sekitar university of queeensland yang baru dua minggu aku jejaki..banyak tempat di sini yang belum aku jelajahi..aku berseorangan..jalan sorang-sorang pun syok jugak!

Jalan,jalan,jalan dan terus berjalan..tina-tiba aku ternampak sesorang yang amat aku kenali..eh,kenapa dia dekat sini??bukan dia patutnye kat rusia ke??lalu aku berjalan menghampiri orang itu..

“ni naqib kan??”tanyaku meminta kepastian..

“eh,ain! Kau buat ape dekat sini?”Tanya naqib pula..

“aku dapat belajar dekat sini lah..eh,kau bukan patutnye dekat rusia ker??”tanyaku lagi ingin penjelasan..

“sepatutnye macam tu lah..tapi entah macam mane,MARA campak aku buat medic dekat sini..kau bile start belajar kat sini??”balas naqib..

“baru je dua minggu..tu pasal lah aku jalan-jalan carik pasal skang nie,”kata aku buat lawak plak..

“owh,ye ke..kalau macam tu,jom ar ikut aku..aku belanja kau makan kebab halal dekat Hawken Drive..Hawken Drive dekat je dari sini,”kata naqib lagi..aku mengangguk lalu berjalan beriringan naqib dengan jarak kira-kira 0.8 meter…tak banyak benda yang dibicarakan sepanjang berjalan kaki..naqib lebih banyak mendiam..


“hmm..sedap jugak kebab nie,”kata aku setelah memakan sedikit bahagian kebab yang diorder..

“memang lah sedap..sebab tu aku ajak kau makan kat sini..ada jugak restoran halal yang lain..contohnye Satay Club, Nandos, and Miss India kat sekitar sini”kata naqib bersemangat memberitahu kedai makanan yang halal..

“nandos pun ade?!wow..takde la susah sangat nak carik makanan halal dekat sini..terer jugak yer ko selok belok kat sini,”kata aku yang sedikit teruja dengan kepakaran naqib dalam bab-bab kedai makan..

“ala,biase ar tuh..dah selalu merayau kat sini..lagipun aku kan dah 2 tahun duduk kat sini..erm..fathin macam mane??”Tanya naqib dengan gagap..

“baru sekarang nak tanye??takpe..takpe..aku jawab jugak..fathin okey jer..die sekarang kan kat UKM..tak silap aku die mintak nak jadi doktor kanak-kanak..last ko contact dengan die bile??”kata aku pula ingin tahu..

“bulan lepas..”kata naqib perlahan..

“bulan lepas..sekarang ni pun dah hujung bulan..lame giler kau tak contact dengann die,”kata aku menduga naqib..sebulan tuh..lame deyh..

“call kan mahal..nak YM pun takde mase..busy..biase ar budak medic..bukan macam kau budak engine,boleh rileks-rileks..”kata naqib membela diri..

“alasan je tuh..suka hati engkaulah..yang penting korang saling keep in touch..and percaya antara satu sama lain,dah okey..waktu kat Malaysia dulu,fathin ade jugak cerita kat aku yang ada mamat lain nak ngorat die..tapi die terus tak layan..tahu sebab ape??sebab engkaulah!so,ko jangan nak main-mainkan die pulak..aku tahu kau buat hal kat sini,watch up..”kata aku sedikit mengugut..

“erm,takde lah..mane ade girlfren kat sini,”kaat naqib lagi..eyt,aku ade cakap ke die ade girlfren lain kat sini..aku cuma cakap kalau die buat hal..muke naqib ni pun cam cuak je..eh,takut ker??..berani kerana benar..takut kerana salah..

***

Pagi yang nyaman..tingkap bilik dikuak..dapat aku rasekan udara nyaman berlumba-lumba masuk ke dalam bilik..roomateku,masih enak dibuai mimpi..dia takde kelas ke hari nie??baik aku kejut die..

“mya,mya..bangun..mya takde kelas ke hari ni??”kata aku lalu mengoncang lembut bahu mya..lalu mya terkebil-kebil membuka mata..

“erm..mya takde kelas la hari ni ain..mengantuknye mata nie..malam tadi mya tidur lewat,”kata mya menjelaskan kondisi mengantuknya itu..

“tido lewat??study ape sampai lewat-lewat malam tuh??”Tanya ku pula..

“hishh ain ni..takde maknenye nak study sampai tengah-tengah malam..mya main sms dengan aqib la,”jelas mya menerangkan keadaan sebenar..aqib??siapa plak tu..macam name naqib jerk..naqib kah orang itu??hish,tak mungkin..naqib kan sayang giler kat fathin..die takkan buat camtu..lagipun mya kate aqib,bukan naqib..

“aqib??sape plak aqib tuh?”kata ku bersemangat ingin tahu..

“boyfren mya lah..ain tahu tak,aqib tu baik sangat..caring..charming.semue yang baik tu adelah kat aqib tu..kalau dunia ni mya punya kan,mya nak bersama dengan aqib 24 hours..hahha..kelakarkan??”kata mya dengan nada ceria..dapat ku lihat hilang terus mengantuknye tadi..

“owh..bf mya..jangan lebih-lebih pulak..sebab kalau before kawin hubungan terlampau mesra,nanti after kawin dah hilang serinya..”kata aku umpama ustazah norbahyah..jadi ustazah la plak..

“ain ni dah macam kaunselor plak..ape-ape pun,thanks for that nasihat..nanti kalau ade masa,mya tunjukkan dekat ain my aqib ok..ain pulak,takde boyfren ker??”kata mya lalu mencuit lengan aku..aduh..sakit ler..

“hahahah..don’t ask me such question bcoz I don’t have any answer for it..”kata ku lalu gelak terbahak-bahak..mya terus mencubit lengan aku..alahai..cubitan manja..mya memang begitu….sepanjang tempoh enam bulan aku menjadi roommate mya,tak pernah sekali pun kami bertengkar..gurau-gurauan sudah menjadi sajian setiap hari..

Hampir setiap malam sebelum tido,pasti mya akan ceritakan tentang kebaikan aqib,kesopanan aqib dan semuanye pasal aqib la..sape lah aqib ni..pasal die,hubungan aku dengan mya bertambah erat..
***********************************************************************************************************
“ain,jom pergi brisbane river nak..aku teringin sangat la nak main canoe kat situ,”ajak falin teman sekuliahkuaku mengenali falin sejak di malaysia lagi..kami bagaikan belangkas..kalau pergi jalan-jalan,pasti berdua..berdua lebih baik kan??..

“owh..aku pun teringin jugak nak main canoe kat sane..kau tahu jalan ker??”kata aku pula..tibe-tibe aku teringat literature yang aku belajar pada zaman sekolah..tentang kino dengan pearlnye,canoenye,coyotito,the trackker..hahha..fikiran ku mule melalut..

“aku tak tahu sangat jalan die..takpe..kite gamble je lah,”kata falin meyakinkan aku..aku hanya tersenyum lalu memulakan langkah untuk ke Brisbane river yang indah itu..falin ni jenis berani sedikit..so,memang la aku tak kisah kalau nak berjalan dengan die..falin..setiap kali dengan die,pasti aku akan teringatkan fatimah zahrah..falin seperti fatimah jugak..kami memang selalu bergaduh,tapi akan berbaik semula..lumrah persahabatan..

Hari itu hari khamis..tak ramai sangat yang mengunjungi Brisbane river..

“eh,ain..itu bukan ur fren ke,naqib??alaa yang couple ngan kawan u kat Malaysia tu,fathin??”kata falin lalu mengunjukkan tangannye ke arah naqib..naqib??

“die dengan sape tu??’kata falin lagi..

“naqib dengan mya??”kataku tersentak..naqib dengan mya??adakah itu aqib yang mya maksudkan??aku perlukan penjelasan..lalukan aku menarik tangan falin untuk bergerak lebih laju ke arah naqib dan mya yang baru saje turun dari canoe yang dinaiki..mya perasan akan kehadiran aku..lalu die turut bergerak pantas ke arah aku dan falin..

“ain!!ain nak main canoe jugak eh..main lah..best tau..ar..ain..ni la my boyfren..aqib,”kata mya bersemangat..

“naqib??”kata aku seakan tak percaya apabila melihatkan insan di depan aku ini adalah naqib di samping perempuan lain..

“eh,ain..dah kenal naqib ker?”kata mya ingin tahu..naqib masih membisu..terkejut la jumpa dengan aku tuh..

“erm..mya..ain nak cakap dengan naqib kejap,boleh..tak lame ..sekejap jerk..”kata aku untuk meminta mya berundur diri buat sementara waktu..

“of coz la boleh..mesti u all nak cerite banyak cerite kan??ok..aqib I g sane dulu k..”kata mya dengan lembut..naqib sekadar mengannguk lemah..mya berlalu lalu menarik tangan falin yang masih kebingungan ke suatu sudut di taman berdekatan..

“siapa mya pade engkau??”

***

“mya tu kawan aku je lah..kuliahmate aku,”kata naqib sambil memalingkan mukenye ke arah lain..tak berani ar tuh..

“mya cakap kat aku kau tu boyfren die??macam mane pulak tuh??”kata aku untuk memprovok naqib..

“we are just fren je lah..”kata naqib lalu melempaskan keluhan berat..habis tu yang aku tengok mesra sangat tadi tu ape kess plak..tolong jawab..

“naqib!tolonglah cakapkan hal yang sebenar..jangan nak berselindung dengan aku,”kata aku lagi inginkan penjelasan yang sebenar..suasana sepi menyelubungi seketika sebelum naqib bersuare semule..

“yup!memang aku boyfren mya!puas hati kau??!”kata naqib dengan nada sindiran..aku terkejut dengan kenyataan tak semena-mena itu..

“ya Allah!fathin kat KL punye lah setia dekat kau..tak keluar dengan lelaki lain..kau kat sini pulak berseronok dengan perempuan lain,”kata aku marah..memang aku marah..

“hey ain!suka hati aku lah..aku bosan tahu tak??!bosan! aku just nak have some fun je kat sini..salah ke aku untuk rase gembira??”kata naqib menduga aku ..die yang salah..tanye aku plak..

“kau tanye aku salah ke tak??salah lah!naqib!please lah..jangan buat macam ni kat fathin..”kataku seakan tak berdaya..

“buat ape??aku masih cintakan fathin..aku masih sayangkan dia..dan aku masih setia pada die,ain..aku cume nak bergembira dengan mya..itu je..”kata naqib minta difahami..kepala otak kau!

“tapi cara kau tak betul naqib..ye,aku tahu kau masih setia dengan fathin..tapi kau dah beri harapan dekat mya..mya tu hari-hari cerita dekat aku pasal kau..pasal fathin pulak,macam mane kalau die dapat tahu benda nie..die mest kecewa dengan kau..”kata ku agar naqib faham bahawa carenye salah..salah..

“eh yang kau nak sibuk hal aku ni apsal plak??aku ade kacau hidup kau ker??aku tahulah,kau tu jeles..ye lah,takde orang nak kan kau..pastu sibuk nak ambil tahu pasal hal orang lain plak..get out of my life lah!”kata naqib dengan suara nyaring..jantungku seakan berhenti berdegup seketika..sampai hati kau cakap macam tu,naqib..kau kejam!

“eh naqib!kalau bukan kerana fathin,aku pun taknak amik tahu pasal kau lah..ok ,fine!aku takkan ambik tahu pasal kau dan mya..tapi jangan ingat aku akan rahsiakan benda ini dari fathin..she deserve to know this!”kata aku dengan nada yang tinggi..puas hati aku!

Aku terus menoleh..ku lihat mya dan falin berjalan kea rah kami..lalu aku menuju kea rah mereka dan menarik falin berlalu dari tempat itu..argghh!!sengal punye naqib!

************************************************************************

Malam yang sejuk..aku menghadap ke luar tingkap lalu menoleh ke langit..mengira-ngira bintang berkelipan..huh!hari yang menstresskan hari ini..handphone di tangan kiri ku dibelek..nama fathin di skrin,aku tenung dalam-dalam..perlukah aku bagitahu fathin??perlukah aku menghubunginya??

“hello fathin..”kataku memulakan perbualan..

“hello ain..huhu..dah lame tak dengar cerita kau..ape kess call aku nie??”kata fathin ceria..

"aku kan sekarang belajar same tempat dengan naqib,”kata ku sopan..aku cube mencari mood..

“owh,best nye kalau aku pun kat sane jugak..naqib macamana??”Tanya fathin excited..

“naqib okey..thin,aku ade benda nak cakap ni..tak cakap salah..cakap pun aku rase cam salah jugak..so aku rase baik aku cakap..”kata ku takut-takut..aku takut untuk melihat reaksi fathin nanti..

“erm..macam serius jerk bunyiknye..ape bendanya??bagi tahu je lah..aku open.”kata fathin pula..ko taknak dengar lagi boleh la cakap macam tu..bisik hati aku lagi..

“err..camne nak citer ni..erm..ok fathin..actually macam nie..aku tahu naqib memang sayang kan kau dan setia dengan kau..tapi..”kata-kata ku terhenti..aduhai beratnye mulut ku untuk meneruskan bicara..ade kah aku sedang mengaibkan naqib??tak!aku tak bermaksud macam tu..

“tapi ape ain..cube kau cakap cepat sikit..aku ade kuliah lepas nie,”kata fathin..

“die beri harapan kepada orang lain dekat sini,”kata ku berkias..sebolehnye,aku hanya mahu gunekan perkataan yang tak membuat fathin rase cepat terluka..

“maksud kau die ade perempuan lain dekat sane??”kata fathin dalam nada agak tinggi..aku dah agak reaksi ini..

“no..i mean..”belum sempat aku cube menjelaskan keadaan sebenar-benarnye,fathin terlebih dahulu memotong cakap ku..

“ain ! kau jangan nak buat cerita lah!aku kenal dengan naqib tu..die setia dengan aku..dan dia takkan berlaku curang dengan aku..kau tak payah nak amik tahu pasal hal kitorang lagi!”

Papppppppppp!telefon diletak fathin..salah ke aku??aku hanya ingin membetulkan keadaan antara naqib,fathin dan mya..itu jerk..bukan niat aku untuk menghuru-harakan keadaan..dapat aku rase mata aku mule berair..sebak??...

***

Sejak peristiwa 4 tahun yang lalu dulu,aku tak pernah lagi bersemuka dengan naqib..tidak ada ape yang perlu dicakapkan..sejak hari itu juga mya bermasam muka dengan aku dengan aku..entah ape yang dihasut naqib kepada kepada mya,aku pun kurang pasti..dan pada hari itu juga dia bertukar bilik dengan dengan falin..falin menjadi roommate aku pula..Mya! mya! Ketika aku nak menjelaskan keadaan sebenar,kau engkau pulak lari dari aku..fathin..aku ade jugak cube untuk menghubungi untuk bertanya khabar..namun hampa..fathin seperti mya..aku putus asa untuk membetulkan keadaan..biarlah masa yang menentukan segalanya..

“oit ain..ape yang kau berangankan tu,”tegur falin..huhu..beginilah aku tak kira dalam kapal terbang ke,bas ke..aku lebih suke melayan perasaan sendiri..

“erm..takde lah..aku macam biase la dengan hobi berangan aku tu,”kata aku lalu tersengih seperti kerang..

“aku rase sekejap lagi kite sampai la KLIA..tak sabarnye nak jumpe dengan parents aku..”kata falin pula..

“aku pun..ape la khabar mak ayah kite tu,”balasku lembut…

Setengah jam selepas itu,kapal terbang pun mendarat di lapangan terbang..aku berjalan berduaan dengan falin..dari kejauhan aku dapat melihat naqib bersama mya yang berpimpin tangan(don’t do this at home)..otak ku ligat berfikir..ape lah yang akan terjadi kalau fathin nampak..

Fathin??itu fathin..ya Allah!!ape yang akan terjadi nie..fathin berjalan menuju ke arah naqib..wajah nya yang ceria bertukar sekelip mata sebaik melihat mya di sisi naqib..

“owh..inilah girlfren awak tuh,”kata fathin lalu menghadiahkan sehelai tamparan berbisa ke muka naqib(don’t do this at home..)..huh!

“saya bodoh sebab tak percayakan kawan saya semata-mata untuk lelaki tak guna macam awak!”marah fathin kepada naqib..naqib masih memegang pipinya yang terasa sakit..fathin terus berlari anak keluar dari balai ketibaan…hatinya remuk..menyesal..dan pelbagai macam perasaan lagi..

Naqib terus melonggarkan tangannye dari pimpinan mya..terus die meninggalkan mya yang yang kebingungan untuk mengejar fathin..fathin!

Ehhhhhhhhhhhhhheeeeeeeeeeetdush!naqib dilanggar lari..badannya lemah terbaring kaku di atas jalan raya..aku sekadar mengangakan mulut kerna terpana seketika melihat kejadian yang berlaku cukup pantas dihadapan ku..

Tubuh naqib yang terdampar mula dikerumuni orang ramai..tibe-tibe fathin keluar dari tempat persembunyian..

“naqib!!!”fathin menjerit sekuat hati..adakah ini akhirnya??dia berlari mendapatkan naqib yang terbaring berlumuran darah..

***************************************************************************************

“fathin..maafkan saya..saya tak pernah tahu yang naqib is yours..maafkan saya..ain,maafkan mya..mya terlalu emosi..mya langsung tak minta penjelasan dari ain..mya ingat ain cube untuk mengeruhkan hubungan mya dengan naqib..fathin,,im so sorry..saya adalah orang ketiga dalam hubungan awak..maafkan saya..dan kembalilah kepada naqib..dia sayangkan awak..saya tak akan menganggu awak dan naqib lagi..”kata mya dengan penuh keikhlasan..sememangnye mya menyesal..dan dia juga sebenarnye tidak mahu menjadi penghalang antara fathin dan naqib..aku tersenyum puas..akhirnya semua perkara terjawab juga..

“saya tak salahkan awak mya..saya yang salah..awak tak tahu ape-ape..saya ni ha..degil..saya tak ambik kisah pasal ape yang ain cakap..ain,aku mintak maaf yer..”kata fathin lembut..die mule sedar akan kesilapannya..

“takpe fathin..aku dah lame maafkan kau,mya,dan naqib..biase la..kite ni darah muda..kadang2 perasaan sabar kita belum cukup tebal..semoga kita semua dapat pengajaran daripada ape yang berlaku ni kan??”kataku untuk memberi semangat semula kepada mereka..naqib yang baring dari tadi sekadar membisu..mungkin tak berdaya untuk mengakui kesalahan diri..

“ini semuenye punca dari saye..saye yang salah..fathin,maafkan saye..saye tak sedar salah saya..tapi wlaubagaimanapun saye tetap cintakan awak..mya..im so sorry..awak jadi seorang yang terlampau baik sangat..dan saya pula suke-suke je nak beri harapan kepada orang..maafkan saye..and ain..aku mintak maaf sangat2 sebab marah kau waktu dulu..baru sekarang aku sedar sebab kau marahkan aku..supaya aku tak jadi macam nie..”kata naqib..terserlah rase keinsafan di dalam diri die..

Fathin sedikit beremosi..ya!memang sukar untuk kita memaafkan kesalahan orang yang curang dengan kita..lalu fathin segera meninggalkan bilik sakit yang menempatkan naqib..aku dan mya mengekori langkah fathin..di luar bilik…

“ain..tolong aku ain..aku tak tahu sama ade aku masih sayangkan naqib atau tidak..aku tak tahu aku datang melawat die ni atas dasar simpati atau cinta..aku buntu ain..tolong la aku..”kata fathin dengan sebak..sedikit sebanyak aku agak tersentuh..

“aku faham perasan kau sekarang fathin..ape yang boleh aku nasihatkan kau ialah pergi berehat..tenangkan fikiran sedalam-dalamnya..lepas tu kau nilai balik perasaan kau dekat die..evaluate..dan aku rase kau pasti menemui jawapannye..kau kena ingat fathin..semua orang tak terlepas dari melakukan kesilapan..yang membezakan adalah sama ade kita bagi peluang untuk memperbetulkan diri atau tidak sahaje..”kataku dengan panjang lebar..fathin kembali mengukir senyuman..memikirkan kata-kata aku kembali...

***

Aku menemani fathin ke hospital lagi..pada mulanya,berat juga hati untu menemani..tapi kawan kan??ape gunenya kawan kalau bukan untuk membantu ketika kesusahan..fathin tampak lebih berkeyakinan hari itu..die seperti sudah bersedia untuk berbicara dengan naqib..tentang ape??aku pun kurang tahu..

Di dalam bilik,aku duduk di sofa yang terletak di sudut jauh dari katil ,sengaje aku duduk berjauhan dari fathin untuk memberi mereka sedikit privasi..namun,bias—bias percakapan mereka dapat aku dengar..

“saya datang sini bukan untuk berbicara cinta dengan awak..saya hanya nak maklumkan 2 perkara sahaja..yang pertama,saya nak bagitahu awak yang saya dah maafkan awak..dan yang kedua..”kata-kata fathin terhenti seketika..mungkin memerlukan kekuatan..mungkin..

“kita akan jadi macam dulu kan??”kata naqib dengan penuh mengharap….

“bukan!saya dah fikir masak-masak..dan bagi saya jalan yang terbaik untuk kita adalah berpisah,”kata fathin dengan lantang lalu berlari-lari anak keluar dari bilik..naqib tergamam..begitu juga aku terkejut dengan kata-kata yang dilafazkan fathin..naqib melihat ke arah aku..aku sekadar menjungkit bahu kerana aku sendiri bingung…

Atau adakah ini balasan yang harus diterima naqib akibat kecurangannya??bagaimana pula dengan fathin?menyeksa diri??...

***********************************************************************************************
one year later..
Fathin yang kini bergelar seorang paedetrician melangkah mausk ke wad kanak-kanak untuk memriksa kanak-kanak..sunyi..mana pulak budak-budak ni..getus hati fathin..die meneruskan langkah hingga ke hujung wad..tiada sesiapa..

“doktor athin!!!”jerit seorang kanak-kanak dari arah belakang fathin..haikal??

“haikal!kenapa nie??”Tanya fathin dengan lembut..

“doktor!cepat pergi taman kat luar tuh..ade orang pengsan..cepat doktor!”kata haikal dengan cemas..ya Allah..sape pulak yang pengsan ni..fathin segera mengorak langkah yang laju menuju ke taman..

Party?bisik hati kecil fathin..

“haikal,tadi kate ade orang pengsan..ni pulak apsal ade belon-belon..makanan-makanan nie..dengan mainan ni lagi..sape yang pengsan??baikcakap betul..tipu dosa..”kata fathin lagi yang blur..

“assalamualaikum..”suatu suara memberi salam..fathin rindu akan suara itu..tapi sipaakah pemilik suara tersebut..lalu fathin menoleh ke belakang..

“naqib??”kata fathin terpaku seketika..

“ye saye..”kata naqib pendek..fathin menarik muke tak puas hati..die rase tertipu dengan perkara ini..

“ape yang awak nak??”tanay fathin tegas..

“awak,”balas naqib pula..

“tapi saya taknak awak,”kata fathin mencengkam gigi tanda geram..

“mulut awak boleh menipu..tapi bukan mata awak..”kata naqib cube untuk menduga perasaan fathin..

“mana awak tahu mulut saya menipu??ade bukti??’kaat fathin lagi sambil bercekak pinggang..garang dowh..

“sebab..”kata naqib terhenti seketika..lalu muncullah….muncullah aku!aku menghampiri mereka..

“ain??”kaat fathin tertanya-tanya..

“sorry fathin..aku dah berkomplot dengan naqib untuk buat majlis nie..fathin..come on lah..aku tahu kau masih cintakan naqib..naqib pun macam tu jugak..so so what??masing-masing nak menyeksa diri masing-masing daripada orang yang korang sayang??”kataku memberi penjelasan..

“mana kau tahu ain aku sayangkan naqib??’kata fathin pula kepada aku..

“ala..fathin..kalau kau dah tak sayangkan naqib,mesti kau dah buang barang-barang yang naqib pernah bagi kan??lepas tu,sms naqib yang berkurun lamenye mesti kau dah delete kan kalau tak sayangkan die..”kata aku dengan hujah ku tersendiri..

Fathin masih memasamkan mukenye..naqib sekadar mengangkat kening..sekarang,segala-galanya terserah kepada fathin..nak terima atau tidak..

Wajah masam mencuke fathin secare tibe-tibe berubah gembira..lalu fathin berkata,”kenapa lambat sangat pujuk??penat tau saye tunggu..ingat dah tak sayangkan saye dah..bla..bla..bla….”naqib tergelak besar..aku tersenyum bangga kerana dapat menyatukan ikatan yang pernah terpisah..

Happy endingkan??aku pulak macam mane??heheh..sori beb!cerite aku tak termasuk dalam cerpen nie..nanti ade mase,aku buat cerite aku pulak yer..hahah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS